Thursday, 31 October 2013

Malam Semarak Dewan Bahasa Dan Pustaka

  Tajuk : Malam Semarak Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Baru-baru ini, Dewan Bahasa Dan Pustaka telah menjemput Sekolah Pengajian Seni Universiti Malaysia Sabah untuk mengadakan satu persembahan Sketsa dan juga tarian rampaian melayu. Hampir 74 pelajar UMS telah menyertai acara persembahan tersebut. Persembahan itu dipersembahkan di Shopping Complex, Center Auditrium One Borneo, Kota Kinabalu Sabah, pada tarikh 27 Oktober 2013. Persembahan itu dilakukan bagi merasmikan penutupan Pameran Buku Dewan Bahasa Dan Pustaka yang berlangsung pada 27 Oktober 2013 bermula jam 9 pagi Sehingga 10 malam. Banyak aktiviti yang dipersembahkan pada malam itu yang keseluruhannya melibatkan pelajar tahun 1,2, dan 3 Sekolah Pengajian Seni (Seni Kreatif) Universiti Malaysia Sabah. Antara jenis-jenis persembahan yang dipersembahkan adalah Sketsa,sajak,puisi lagu,syair,gurindam,pantun,nyanyian duet,tarian rampaian dan diakhiri dengan tarian joget lambak yang merangkumi seluruh audiens dan peserta turut menari bagi memeriahkan lagi keseluruhan suasana Malam Semarak Bulan Bahasa. Penglibatan para pelajar UMS dapat menarik para pelancong asing untuk turut sama memeriahkan malam penutupan tarian joget lambak. Penglibatan yang bersepadu daripada kalangan plajar dapat mengetengahkan bakat anak-anak seni masa kini. Bukan itu saja malah, peluang keemasan yang diberikan oleh pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka dalam memberi kepercayaan kepada para pelajar untuk mengasah bakat dapat menarik para pengunjung untuk turut sama memeriahkan lagi seluruh suasana majlis. Persembahan yang dipersembahkan bertemakan tentang Bahasa Jiwa Bangsa telah berjaya menyampaikan mesej kepada para pengunjung akan kepentingan Bahasa Melayu di Nusantara. Kerjasama yang sangat bersepadu diantara semua pihak telah menjayakan Malam Semarak Merdeka mencapai matlamat dan berjaya melabuhkan tirai dengan diakhiri dengan sesi fotografi bersama penganjur utama Dewan Bahasa dan Pustaka Peringkat Negeri Sabah.
Disediakan Oleh : Sabran Bin Kibong (BC12160239)
 

Perkongsian Sejenak

Tajuk : Perkongsian Sejenak
Pada tarikh 11-13 0ktober 2013, Universiti Malaysia Sabah telah menganjurkan Program Selangkah Ke Menara Gading (SEMEGA 2013) yang melibatkan 140 orang pelajar dari beberapa buah sekolah dari daerah yang pelbagai iaitu keningau,beaufort,kota marudu,tambunan dan papar. Antara objektif program ini adalah memperkenalkan UMS sebagai institusi yang bukan sahaja menumpukan kepada akademik semata-mata,tetapi juga menyumbang kearah pembangunan masyarakat,melahirkan para pelajar luar bandar yang mampu bersaing seiring dengan pelajar bandar serta melatih dari segi pengurusan masa,peningkatan jati diri dan kecemerlangan dalam pelbagai bidang, memantapkan para pelajar luar bandar dari segi akademik,sahsiah dan disiplin,mengeratkan hubungan silaturrahim antara sekolah-sekolah sabah dengan Universiti Malaysia Sabah. Tujuan sebenar saya menulis artikel dalam blog ini adalah saya ingin mengongsikan pengalaman saya semasa menjadi Ahli Jawatankuasa dalam program tersebut. Saya ingin berkongsi segala pengalaman yang saya telah lalui bersama dengan program ini sehingga berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program ini dipengerusikan oleh Fazrie Bin Ramalan dan dibantu oleh Pengarah Program Mond Farhan Firdaus Bin Jeffri. Sepanjang program ini berlangsung saya telah menjadi AJK dibahagian Publisiti Sukan Dan Permainan. Memegang tanggunjawab ini bukanlah sesuatu yang mudah namun jika ingin mengambil pengalaman pastinya menyimpan rahsiah yang luar biasa. Antara tugas-tugas yang dilakukan oleh unit kami adalah mengambil gambar-gambar sepanjang program, menyediakan segala aktiviti sukan yang dirancang sepanjang program disamping itu juga mengambil bahagian sebagai fasilatator kepada para peserta. Mungkin ini adalah kali pertama saya bertugas sebagai unit Publisiti dan menjadikan kamera sebagai alat perhubungan diantara program. Bagi memperolehi gambar yang berkualiti memerlukan kepakaran namun sebagai memikul tanggungjawab yang diamanahkan itu bukannya halangan. Menjadi fasih dalam unit sukan dan permainan pastinya memerlukan kelantangan mengatur arahan dan mengatur strategik agar perjalanan program berjalan dengan lancar. Semua aktiviti yang dilakukan mengutarakan kerjasama dan kecekapan dalam sesuatu perkara yang hendak dilakukan. Permainan pertama adalah selamatkan bola pimpong menggunakan sudu besi, kedua permainan ikat kaki bertiga,ketiga permainan kumpulkan gelung getah melalui penyedut minuman dan yang terakhir selamatkan belon iaitu amanah setiap ahli dari dipiak oleh pihak musuh. Permainan ini berjaya merealisasikan semangat kerjasama dikalangan pelajar dan menjadikan para pelajar untuk keluar dari diri yang pasif kepada aktif. Sepanjang program ini juga para pelajar diberikan tugas untuk menampilkan bakat muda dan bersaing bersama kumpulan lain melalui Malam Bakat Semega 2013. Bukan itu saja sepanjang program para peserta juga mengikuti Malam Penghayatan Diri di mana para peserta diberikan motivasi dan mengajak mereka berfikir sejenak memikirkan tentang erti kehidupan dan perlunya melangkah ke menara gading. Semasa menjadi fasih dalam Malam Penghayatan tersentak juga hati untuk sama-sama merasa erti kesedihan yang benar dapat dikongsi dengan airmata para peserta. Kejujuran airmata bukan paksaan namun perasaan dan harapan itulah yang memperhubungkan airmata saya sebagai fasih juga turut menitiskan airmata melalui keikhlasan itu. Apa yang saya ketengahkan dalam blog ini cuma sudut perkongsian untuk mendekati para pelajar yang jauh diluar bandar. Dalam masa yang sama, saya juga ingin mengajak para mahasiswa dan mahasiswi untuk melibatkan diri program sebegini kerana sesungguhnya ia pasti menjanjikan pengalaman yang luar biasa. Bukan itu saja, malah mampu memperbaiki kemahiran berkomunikasi dan mendekati golongan generasi muda untuk sama-sama berjaya melangkah ke menara gading.

DISEDIAKAN OLEH : Sabran Bin Kibong (bc12160239)

Sunday, 27 October 2013

Salam Aidiladha



 “ Bagi menyempurnakan titah Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agung, setelah diperkenankan oleh duli-duli yang maha mulia raja-raja, penyimpan mohor besar raja-raja bahawa 1 Zulhijah, 1434 hijrah ialah pada 15 Oktober 2013.  Oleh yang demikian, Hari Raya Korban ( 1 Zulhijah ) bagi negeri-negeri diseluruh Malaysia ditetapkan pada hari selasa, 15 Oktober 2013. “ Perkara ini diumumkan oleh penyimpan mohor besar raja-raja.

     Dari segi bahasa korban bermaksud dekat manakala dari segi istilah korban bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah S.W.T kerana ingin mendekatkan diri kepadanya.

   Apabila kita menyebut Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban, pasti ramai yang terbayangkan kumpulan Jemaah yang sedang menunaikan ibadah rukun islam ke-lima itu di kota Mekkah Al-Mukarramah. Tidak kurang juga yang membayangkan lembu dan kambing yang disembelih untuk korban.

      Namun, hakikatnya ia adalah lebih daripada sekadar kerja haji atau korban. Ia adalah sejarah besar mengenai bukti cinta suci dan pengorbanan suami isteri dan juga pengorbanan hubungan ayah dan anak. Bagaimanakah pula dengan pengorbanan yang dilakukan oleh siswa dan siswi Universiti Malaysia Sabah? Tepuk dada tanyalah selera. Sekian.


                                        Dayang Siti Rahmah/Sekolah Pengajian Seni

Sajak : Cinta Manusia



Manusia..
Manusia kini semakin leka
Memuja cinta kepada tidak sepatutnya
Lupa kepada Yang Maha Berkuasa

Manusia kini mengagung-agungkan cinta
Tapi pada siapa cinta itu?

Manusia semakin hari semakin hanyut
Hanyut mengejar cinta dunia
Leka mengejar keseronokan duniawi
Hingga lupa kewujudan akhirat

Manusia sedarlah engkau
Cinta di dunia hanya sementara
Bangkitlah wahai manusia
Mengejar cinta akhirat
Yang pasti kekal abadi selamanya

Manusia bukalah matamu
Lihatlah dosa-dosa yang telah kita lakukan
Sedarkah engkau, beratnya bahu kirimu
Menghitung dosa

Manusia ingatlah dunia ini sementara
Akhirat nanti kehidupan kekal abadi
Bangkitlah dari lenamu
Bukalah mata hatimu

by : Syazwani Mohammad

Sunday, 20 October 2013

Pelajar SPS menyerlah di Malam Konsert Vokal dan Koir 2013

Konsert Vokal dan Koir 2013 yang telah berlangsung pada 08 Oktober lalu jelas menunjukkan bahawa siswa dan siswi Universiti Malaysia Sabah (UMS) khususnya dari program Seni Muzik mempunyai bakat yang sangat luar biasa. Konsert ini merupakan kemuncak bagi Bengkel Koir yang telah diadakan dari 07 Oktober hingga 08 Oktober 2013. Konsert ini telah diadakan atau dikendalikan sepenuhnya oleh Sekolah Pengajian Seni( SPS) UMS.
          Apa yang menarik tentang konsert ini adalah konsert ini telah berjaya menggabungkan SPS khususnya siswa dan siswi Seni Muzik UMS untuk membuat persembahan koir bersama sekolah-sekolah dan kumpulan lain. Antaranya adalah SM. St Francis Convent, SM Tshing Tshin Alumni, Maktab Sabah, Sunshine Choir, Pure Harmony dan In Unity Choir. Ternyata malam konsert itu sangat meriah dan sangat menarik.
          Malam konsert itu telah dimulakan dengan ucapan perasmian dari Dekan Sekolah Pengajian Seni, Prof. Madya Abdul Jamal Abdul Hamid dan diteruskan dengan persembahan koir yang memukau lagi menakjubkan. Persembahan yang telah mencuri perhatian adalah dari Rowell Pagi yang merupakan pelajar Tahun 1 Seni Muzik. Beliau telah menyanyikan lagu Exsultate Jubilate, Tounjours dan Derita. Persembahan beliau sangat energetik dan memukau para pendengar di dewan itu.
          Kemunculan penyanyi yang juga bekas pelajar Seni Muzik UMS, Avelyn Chua juga memukau para hadirin dengan persembahan solonya melalui lagu Die Zauber yang pernah dipopularkan oleh W.A Mozart. Selain itu, gandingan Avelyn bersama Natalia Charles juga turut menjadi perhatian orang ramai apabila mereka menyanyikan lagu Holy City. Manakala pelajar Seni Muzik yang lain iaitu Vocal Ensemble of Sekolah Pengajian Seni juga tidak dapat dinafikan kehebatannya apabila mereka menyanyikan lagu Beauty and The Beast dengan penuh harmoni dan merdu didengar.
          Jelaslah bahawa pelajar seni UMS ini sangat berbakat dan pada malam konsert itu segala-galanya telah terserlah. Oleh itu, mereka hendaklah selalu diberi pendedahan seperti ini agar bakat mereka tidak tersia-sia dan Sekolah Pengajian Seni UMS wajarlah mengadakan banyak lagi event  seperti ini.


Oleh : Aiyub MS

         
                                                    
 Sumber : www.ums.edu.com.my

Thursday, 10 October 2013

Hai,
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Selamat datang ke blog kami !
Blog ini akan dikendalikan oleh 5 orang penulis, yang juga merupakan pelajar Penulisan di Universiti Malaysia Sabah ( UMS )..
Kalau nak tahu siapa, singgahlah dan follow blog kami ini ! :)


by  : PSBU