Tajuk : Malam Semarak Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Baru-baru ini, Dewan Bahasa Dan
Pustaka telah menjemput Sekolah Pengajian Seni Universiti Malaysia Sabah untuk
mengadakan satu persembahan Sketsa dan juga tarian rampaian melayu. Hampir 74
pelajar UMS telah menyertai acara persembahan tersebut. Persembahan itu
dipersembahkan di Shopping Complex, Center Auditrium One Borneo, Kota Kinabalu
Sabah, pada tarikh 27 Oktober 2013. Persembahan itu dilakukan bagi merasmikan
penutupan Pameran Buku Dewan Bahasa Dan Pustaka yang berlangsung pada 27
Oktober 2013 bermula jam 9 pagi Sehingga 10 malam. Banyak aktiviti yang
dipersembahkan pada malam itu yang keseluruhannya melibatkan pelajar tahun 1,2,
dan 3 Sekolah Pengajian Seni (Seni Kreatif) Universiti Malaysia Sabah. Antara
jenis-jenis persembahan yang dipersembahkan adalah Sketsa,sajak,puisi
lagu,syair,gurindam,pantun,nyanyian duet,tarian rampaian dan diakhiri dengan
tarian joget lambak yang merangkumi seluruh audiens dan peserta turut menari
bagi memeriahkan lagi keseluruhan suasana Malam Semarak Bulan Bahasa.
Penglibatan para pelajar UMS dapat menarik para pelancong asing untuk turut
sama memeriahkan malam penutupan tarian joget lambak. Penglibatan yang
bersepadu daripada kalangan plajar dapat mengetengahkan bakat anak-anak seni
masa kini. Bukan itu saja malah, peluang keemasan yang diberikan oleh pihak
Dewan Bahasa Dan Pustaka dalam memberi kepercayaan kepada para pelajar untuk
mengasah bakat dapat menarik para pengunjung untuk turut sama memeriahkan lagi
seluruh suasana majlis. Persembahan yang dipersembahkan bertemakan tentang
Bahasa Jiwa Bangsa telah berjaya menyampaikan mesej kepada para pengunjung akan
kepentingan Bahasa Melayu di Nusantara. Kerjasama yang sangat bersepadu
diantara semua pihak telah menjayakan Malam Semarak Merdeka mencapai matlamat
dan berjaya melabuhkan tirai dengan diakhiri dengan sesi fotografi bersama
penganjur utama Dewan Bahasa dan Pustaka Peringkat Negeri Sabah.
Disediakan Oleh :
Sabran Bin Kibong (BC12160239)
No comments:
Post a Comment