Thursday, 31 October 2013

Perkongsian Sejenak

Tajuk : Perkongsian Sejenak
Pada tarikh 11-13 0ktober 2013, Universiti Malaysia Sabah telah menganjurkan Program Selangkah Ke Menara Gading (SEMEGA 2013) yang melibatkan 140 orang pelajar dari beberapa buah sekolah dari daerah yang pelbagai iaitu keningau,beaufort,kota marudu,tambunan dan papar. Antara objektif program ini adalah memperkenalkan UMS sebagai institusi yang bukan sahaja menumpukan kepada akademik semata-mata,tetapi juga menyumbang kearah pembangunan masyarakat,melahirkan para pelajar luar bandar yang mampu bersaing seiring dengan pelajar bandar serta melatih dari segi pengurusan masa,peningkatan jati diri dan kecemerlangan dalam pelbagai bidang, memantapkan para pelajar luar bandar dari segi akademik,sahsiah dan disiplin,mengeratkan hubungan silaturrahim antara sekolah-sekolah sabah dengan Universiti Malaysia Sabah. Tujuan sebenar saya menulis artikel dalam blog ini adalah saya ingin mengongsikan pengalaman saya semasa menjadi Ahli Jawatankuasa dalam program tersebut. Saya ingin berkongsi segala pengalaman yang saya telah lalui bersama dengan program ini sehingga berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program ini dipengerusikan oleh Fazrie Bin Ramalan dan dibantu oleh Pengarah Program Mond Farhan Firdaus Bin Jeffri. Sepanjang program ini berlangsung saya telah menjadi AJK dibahagian Publisiti Sukan Dan Permainan. Memegang tanggunjawab ini bukanlah sesuatu yang mudah namun jika ingin mengambil pengalaman pastinya menyimpan rahsiah yang luar biasa. Antara tugas-tugas yang dilakukan oleh unit kami adalah mengambil gambar-gambar sepanjang program, menyediakan segala aktiviti sukan yang dirancang sepanjang program disamping itu juga mengambil bahagian sebagai fasilatator kepada para peserta. Mungkin ini adalah kali pertama saya bertugas sebagai unit Publisiti dan menjadikan kamera sebagai alat perhubungan diantara program. Bagi memperolehi gambar yang berkualiti memerlukan kepakaran namun sebagai memikul tanggungjawab yang diamanahkan itu bukannya halangan. Menjadi fasih dalam unit sukan dan permainan pastinya memerlukan kelantangan mengatur arahan dan mengatur strategik agar perjalanan program berjalan dengan lancar. Semua aktiviti yang dilakukan mengutarakan kerjasama dan kecekapan dalam sesuatu perkara yang hendak dilakukan. Permainan pertama adalah selamatkan bola pimpong menggunakan sudu besi, kedua permainan ikat kaki bertiga,ketiga permainan kumpulkan gelung getah melalui penyedut minuman dan yang terakhir selamatkan belon iaitu amanah setiap ahli dari dipiak oleh pihak musuh. Permainan ini berjaya merealisasikan semangat kerjasama dikalangan pelajar dan menjadikan para pelajar untuk keluar dari diri yang pasif kepada aktif. Sepanjang program ini juga para pelajar diberikan tugas untuk menampilkan bakat muda dan bersaing bersama kumpulan lain melalui Malam Bakat Semega 2013. Bukan itu saja sepanjang program para peserta juga mengikuti Malam Penghayatan Diri di mana para peserta diberikan motivasi dan mengajak mereka berfikir sejenak memikirkan tentang erti kehidupan dan perlunya melangkah ke menara gading. Semasa menjadi fasih dalam Malam Penghayatan tersentak juga hati untuk sama-sama merasa erti kesedihan yang benar dapat dikongsi dengan airmata para peserta. Kejujuran airmata bukan paksaan namun perasaan dan harapan itulah yang memperhubungkan airmata saya sebagai fasih juga turut menitiskan airmata melalui keikhlasan itu. Apa yang saya ketengahkan dalam blog ini cuma sudut perkongsian untuk mendekati para pelajar yang jauh diluar bandar. Dalam masa yang sama, saya juga ingin mengajak para mahasiswa dan mahasiswi untuk melibatkan diri program sebegini kerana sesungguhnya ia pasti menjanjikan pengalaman yang luar biasa. Bukan itu saja, malah mampu memperbaiki kemahiran berkomunikasi dan mendekati golongan generasi muda untuk sama-sama berjaya melangkah ke menara gading.

DISEDIAKAN OLEH : Sabran Bin Kibong (bc12160239)

No comments:

Post a Comment