Thursday, 19 December 2013

Pro-Mahasiswa bantah E-voting

Pro Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) merasa sangat terkilan dengan system E-Voting yang “tidak jelas” bagi mereka. Pada Pilihanraya Kampus UMS 2013/2014 yang telah berlalu, Pro-Mahasisiwa telah tewas dalam PRK baru-baru ini dan bagi Pro-Mahasiswa, hal ini berlaku kerana masalah penyampaian maklumat oleh pihak tertentu. Ekoran itu, Pro-Mahasisiwa UMSKK dan UMSKAL telah menghantar memorandum “bantah e-voting” kepada menteri pendidikan II, Datuk Idris Jusoh pada 13 November lalu.
                Dalam memorandum itu, Pro-Mahasiswa UMSKK  menyatakan 4 tuntutan iaitu menuntut pihak UMSKAL menggantung keputusan pilihanraya kampus sesi 2013/2014 sehingga dijalankan satu siasatan lengkap oleh sebuah badan bebas ke atas keseluruhan proses pilihanraya kampus. Kedua, pihak pro-m umskk menuntut agar system e-voting dimansuhkan dan ketiga umskk meminta agar menubuhkan Suruhanjaya Pilihanraya Mahasiswa (SPR mahasiswa). Manakala tuntutan keempat adalah mewujudkan pemerhati dan pemantau bebas semasa sesi undian.
                Apa itu E-voting? E-voting merupakan sistem pembuangan dan pengiraan undi yang menggunakan aplikasi elektronik sebagai alternatif menggantikan system pemangkahan undi melalui kertas. Melalui sistem ini, pengundi hanya meyentuh skrin sentuh pada mesin elektronik undian untuk memilih calon pilihan mereka. Ia sangat memudahkan para pengundi, namun bagi pro-m, system ini mempunyai keburukan serta kelemahan. Sistem ini digunapakai secara meluas di negara luar seperti Brazil dan Amerika Syarikat.
                Seorang wakil daripada Pro-Mahasisiwa mengatakan, umum mengetahui bahawa sesuatu system akan tidak sempurna dan akan dapat lompang-lompang disedari atau tidak dan mungkin juga direka-reka oleh pihak tertentu bagi memenangkan sesuatu kumpulan. Beliau menambah bahawa mahasiswa juga tidak mahu pemimpin yang dipilih adalah pemimpin system atau pemimpin computer tetapi pemimpin yang ingin dilahirkan adalah pemimpin yang menang dengan kredibiti.
                Harapan Pro-mahasiswa umskk agar tuntutan ini dapat dilaksanakan  dan diambil tindakan segera serta hak mahasiswa di ums terbela. Pro-Mahasiswa mengharapkan sokongan daripada  semua mahasiswa supaya perjuangan hak mahasiswa terus dapat dilaksanakan.
 
DITULIS OLEH : AIYUB MS
 
 

Sunday, 15 December 2013

"Esok Pergi dulu"


Satu detik dua detik masa berlalu, aku terus memikirkan bagaimana aku harus melalui jalan hidup yang perlu ku lalui seperti mana hari-hari yang berikutnya. Aku hanya mampu berdoa kerana hari ini adalah hari yang sangat penting bagi diriku. Aku mungkin sedar diri ini penuh dengan segala kekurangan dan kekhilafan diri. Aku jahil terhadap diri ini aku jahil pada kejadian ini dan aku jahil pada ciptaan selama ini. Ada perlunya penyesalan dalam pancaroba dunia ini. Tiap detik membilang masa tiap masa membilang minit dan tiap minit membilang saat. Ku pandang kanan dan kiri. Jari-jemari membilang terkaan dan segala kemungkinan yang bisa dan tak bisa aku lalui lagi. Pemikiran hanya kematu membuta tuli melampiaskan segala apa yang tersirat dan yang tersurat didalam lubuk hati yang berkecamuk bagai tidak menduga dan tidak percaya. Suara hati makin kuat memanggil seolah-olah berbisik menyatakan bahawa aku tidak sanggup, aku tidak mampu dan aku tidak punya kuasa selain daripada kehendakNya. Telinga, mata mulut telinga,kaki,tangan,lidah, semuanya bakal menjadi tuan dan bakal menjadi hakim. Sumpah setia hanya tinggal pada sementara namun, selamanya hanyalah kekal dia yang lebih mengetahui.
“Beran…………..”. Suara mak memanggil aku. Suara itu aku perlu peka dan ingat dan terus ingat. Mungkin Suara itu jugalah yang lebih kuamati betul-betul bagai menyimpan penetapan kotak pemikiran yang semaksima mungkin agar ianya tidak lagi tertanggal sampai bila-bila.
“ Kau ni dengar atau nda apa yang aku cakap ni. Buat-buat nda dengar lagi. Tinguk diam juga. Apa bah punya anak ni, dipanggil-panggil lagi nda mendengar.” Suara dan kata mak mengomel lagi. Begitu indah kata itu biarpun berbaur sinis sikit katanya. Rindu pada wajah itu kuamati dengan tenang namun tiap nafas yang keluar atau terpacul pasti mendengkus lagi bernada dan berderum seperti kenderaaan pacuan empat roda. Apa mungkin berat bagi diri untuk melihat dan melepaskan segalanya insan-insan yang sememangnya aku paling sayangi.
“Mak….mak….mak…..”. Kata hati aku memanggil kata nama itu dengan penuh sugguh-sungguh apakah semua ini dapat ku kata dan kulafazkan jika semuanya dapat kuceritakan. Bukan tak mahu menyahut panggilan mak tapi biarlah aku puas meratap wajah yang penuh kelembutan itu meskipun garis-garis halus pada wajah mak menyadarkan dirinya sudah dijamah usia namun masih tetap tabah biarpun semuanya serba-serbi masih mereka belum ketahui. Barangkali tiada siapa menduga jika ini dialah harinya yang mengungkap segala perbuatan dan kepatuhan kepada siapa kita harus kembali. Jujur sekali mata itu memerhati dengan penuh tanda tanya kenapa ada wajah semacam itu berpaling dan melihat keanehan yang semacam itu. Wajah tua itu tetap merenung segala perilaku aku yang masih kaku memandang pada wajah mak yang redup penuh dengan kasih sayang. Terlalu banyak yang perlu dan hendak aku katakan kepadanya dan semua dan seterusnya kepada semua insan-insan yang aku lihat kelmarin dan kelmarin, beberapa hari dan beberapa minggu yang minggu dan beberapa bulan dan beberapa tahun yang aku pernah lalui dan yang ku temui. Bagaimana aku mahu menyatakan dan mengungkapkan kepada mereka-mereka yang wujud ketika diri masih lagi mampu untuk bergerak ini. Hari ini biarlah menjadi hari ini. Dan hari ini juga adalah biar menadi hari yang aku tidak boleh lupa sampai bila-bila. Terlalu banyak aku perlu ketahui dan terlalu banyak hal duniawi yang belum pernah kulalui. Terlalu panatas dan cepat ia terus membilang detik dan saat lagi. Adakah kesempatan dan adakah lagi peluang untuk aku mencuba dan terus mencuba dimanakah yang harus kumulakan dulu. Hati sentiasa bertanya bertanya bertanya dan terus bertanya. Mungkinkah? Siapakah? Apakah? bagaimanakah? Entah bilakah ?Kenapakah dan Untuk apakah ini semua terjadi? Persoalan demi persoalan akan hadir dengan tanpa diduga. Mata hati bertanya berbaur persoalan masih lagi berkata bertanya untuk saling mahu mendahului hukum yang mana dulu bersangkut pada naluri hati itu.
Kenapa kau Beran? Ada masalahkah? Ahahahaahaha”. Sinis abang senyum sambil ketawa. “Selalu kaulah yang paling kuat ketawa. Kenapa hari kau nda ketawa lagi. Pastu termenung pulak? Ingat cewek ka? Ahahakaah”. Aku masih tersenyum dan membalas pandangan abang dengan biasa saja tapi penuh dengan pandangan yang bermakna. Biar puas dan puas ku lihat mata dan wajah-wajah yang perlu ku sayangi lagi. Aku masih lagi duduk membisu di kerusi ruang luar rumah memerhati dan menghayati baur-baur alam dan damainya ciptaan tuhan ini. Masa lagi berjalan dan berdetak aku tahu masa itu aku takkan mampu melawan segalanya. Dan aku tak mampu lagi melewati segala yang ku belum hajati kabulan harapan ku selama ini. Persoalan kalau mereka tahu? Aku…..aku….aku…..seperti tidak mampu untuk mengeluarkannya dari bibir. Dulu bibirlah yang lancang mengeluarkan segala yang tidak sepatutnya. Makan,minum,bercakap, mengata,mengeji,mengutuk dan mencanai,bohong,fitnah, semuanya dengan mudah aku lakukan. Namun kini bila tiba hampir begini semua itu hanya sekadar yang sia-sia tiada tanda penghargaan melaluik kata kalimah ucapan “Syukur alhamdulillah”. Kalaulah aku mampu aku untuk memberitahu mereka-mereka apakah yang harus aku lakukan. Wajah-wajah indah dan bibit kenangan semuanya bermain dalam kotak pemikiranku. Aku tak sanggup meninggalkan segala yang kau sayang. Masihkah ada pintu itu untuk aku kembali kepada mereka-mereka dan kepada yang hakiki. Tetap benar aku pasti ingat semua itu.
“ Mak nda kisah semua apa yang berlaku nasib anak-anak mak, nasib mak yang membesarkan kamu dari kecil seorang diri tanpa ada tangan kanan yang membantu,tanpa ada batin yang perlu dikongsikan selain minta sama tuhan moga semuanya selamat dan mudah-mudahan tuhan tolong sama kita”.
Menyimpan banyak bait-bait makna sebenar itu. Aku berfikir bagaimana bila mereka-mereka semua telah tiada. Tapi itu dugaan kerana aku harus kembali dulu daripada mereka-mereka. Luluh hati mengenangkan apa segala yang kukerjakan dan pernah ku sentuh dan ku basuh ku buat dan ku hidang segala yang di dapur. Masakan dan kesukaan semua mereka-mereka bila aku yang menjuadahkan dengan kemahiranku. Kufikir ku masih bermimpi tapi tidak masa tidak menunggu kita terus bergerak dikala mentari mula kunyah oleh gunung bukit-bukau manandakan masa semakin suntuk untuk aku memikirkan. Masihkah aku sempat memohon maaf ke atas semua kesalahan dan keburukan yang ku lakukan sama ada kepada mereka-mereka yang ku telah lanjurkan atau kepada benda-benda hidup yang pernah kusakit sepanjang hidupku ini. Aku tak mau menangis aku tak mau melihat mereka menangis bila siap diuruskan bila aku kembali nanti. Masihkah ada pintu maaf keampunan terhadap kesalahan ku yang zahir dan batin? Aku mau mencium mereka-mereka sepuas-puasnya kala aku masih menghitung detik ini. Mak….Bapak….Biarpun kita pisah dan penceraian itu menampiaskan segala kisah hidup yang serba kekurangan ini, aku tetap redha…..Mungkin ini semua suratan dari kekuasaanya dan pasti ada hikmah di sebaliknya. Mampukah aku untuk mengenal segala adik-beradik ku yang berpecah-belah oleh dek kerana perasaan dendam dan cemburu mak tiri isteri baru bapak. Bukan…bukan itu caranya untuk melepaskan apa yang terbuku di hati. Jangan abaikan mama dan jangan abaikan bapak. Sebelum aku kembali aku berhajat benar mahu menemui segala adik-beradik yang berpecah belah itu. Ikatan dan darah yang mengalir tetap darah mak dan bapak. Adakah peluang aku untuk berjumpa dengan mereka semua dikala aku ini adik yang paling bongsu yang terbiar tanpa kasih sayang bapak. Mak menjaga dan mengasuh memeberikan segalanya. Membesarkan aku mak dengan tulang tenaga usianya kini mak 60 tahun. Aku mahu cium pipi dan dahi Mak buat kucupan kali yang penghabisan dan kucupan bapak,kakak-kakakku,abang-abangku,anak-anak buahku,babu-babu,pakcik-pakcikku dan semua mereka-mereka ini izinkan aku untuk memeluk dan mencium dan pelukan kali yang penghabisan dan terakhir sentuhan semuanya itu. Jam masih lagi berdetik. Mungkinkah aku damai di sana apabila malaikat maut datang seolah-olah dengan apa caranya untuk rohku meninggalkan jasadku. Aduh !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Adakah sakitnya maut….Bagaimanakah pedihnya siksa aku di alam bawah sana yang penuh gelap gelita….Makkkkk aku takut……..aku takut meninggalkan mak …..mak….aku mau cium tangan mama mau cium sujud kaki mak…..mau kucup sepuas-puasnya muka mak…tatap dan tatap lagi muka mak..tapi aku tak berdaya airmata terus menitis dikala tengah malam subuh pasti ini aku ingin menyatakan INI HARI TERAKHIR AKU HIDUP DIBUMI INI !!!!!!!!!!!!!!!!!!!...........
Dikala subuh rakan sebilik semua lelap tidur maka jasadku kaku dengan kembalinya aku dengan taipan yang terkhir menghadap komputer riba kecil ini maka ayat terakhir berkumandangnya azan subuh aku melafazkan kata terakhirku. Hati terus-menerus berdoa dan berdoa mohon keampunan kepada allah akan segala dosa yang pernah kulakukan bermain dalam ingatan nazakku……..
Asyhaduhanlahillahaillahwaasyhaduhannamuhammadarrasulullah…………aku sayang semua mereka-mereka…………allahuakhbarrrrrrrrr………….maafkan aku aku aku insan penuh dosa……doakan aku tanpa henti,ziarah pusaraku kurangkan sakit ini………”. Hembusan terhenti.
TAMAT

Oleh : Sabran Bin Kibong


Friday, 6 December 2013

Carnival Business of Innovation.

          Pada 5 Disember 2O13, bertempat di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah telah berlangsungnya satu program yang dinamakan sebagai “  Carnival Business of Innovation “ yang dianjurkan oleh Sekolah Perniagaan dan Ekonomi. Program ini telah berlangsung seawal jam6.30 pagi, di mana para pelajar bersiap sedia untuk mendaftar booth masing-masing.


Pada jam8.30 pagi pula, ketibaan para tetamu jemputan dan vip sambil dijamu dengan makanan dan minuman ringan. Pada jam10.00 pagi pula, telah berlangsungnya bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku dan lagu Universiti Malaysia Sabah, ucapan daripada pengarah program iaitu saudari Song Xiu Hui dan ucapan perasmian daripada Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah. Pada jam11.00 pagi pula, para tetamu jemputan dan vip melawat ke booth-booth dan sedikit jamuan ringan telah disediakan buat para tetamu jemputan dan vip.


          Pada sebelah petangnya pula iaitu jam2.00 petang, telah berlangsungnya satu demonstrasi iaitu “ Demonstration of Grooming “ daripada Malaysian Assosiation of Hospitality ( MAH ) dan mereka juga mengadakan aktiviti seperti Fruit Attack dan Taste and Guess. Pada jam4.00 petang sehingga jam5.00 petang, majlis penutupan telah berlangsung dengan jayanya. Pemberian hadiah kepada para pemenang dan cabutan tiket bertuah telah diadakan.


          Program ini telah banyak mendatangkan manfaat kepada semua para pelajar Sekolah Perniagaan dan Ekonomi bahkan juga seluruh warga Universiti Malaysia Sabah. Sememangnya program ini telah dapat mengasah bakat setiap pelajar untuk merekacipta sesuatu produk yang baru sesuai dengan nama program yang diberikan iaitu “ Carnival Business of Innovation “. Atas galakan dan tunjuk ajar daripada pensyarah yang berpengalaman, program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Di samping usaha para pensyarah, usaha para pelajar juga harus dipuji kerana berjaya mengolah idea yang kreatif untuk kepentingan masyarakat dan juga negara.Idea-idea mereka seperti tong sampah serbaguna, perkhidmatan buku terpakai, khidmat fotografi, teknologi ampaian pakaian dan sebagainya.
DAYANG SITI RAHMAH / SEKOLAH PENGAJIAN SENI

Sunday, 1 December 2013

Keistimewaan Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah.



     Setiap Universiti mempunyai perpustakaan yang tersendiri ini kerana perpustakaan  memainkan peranan penting dalam membantu menghasilkan masyarakat kelas Pertama terutama sekali pelajar, ahli akademik dan juga para penyelidik.  Hal ini demikian kerana, melalui perpustakaan kita dapat mencari bahan rujukkan dengan mudah dan menambah ilmu pengetahuan. Di Universiti Malaysia Sabah (UMS) terdapat sebuah Perpustakaan yang merupakan di antara perpustakaan akademik yang tercantik di negara ini. Perpustakaan (UMS) utama terletak di kampus Induk iaitu di Kota kinabalu dan cawangannya terletak di kampus Labuan dan Sandakan. Perpustakaan induk boleh menampung kira-kira 4,000 pengguna dalam satu masa tertentu.

     Perpustakaan UMS menyediakan pelbagai khidmat pelanggan bagi memudahkan pelajar, pelawat, ahli akademik berurusan. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah perkhidmatan pinjaman biasa dan pinjaman antara perpustakaan , perpustakaan ini juga menyediakan perkhidmatan Kubikal (cubicles) sebanyak 170 buah untuk memudahkan pembelajaran pengguna, perpustakaan, bilik seminar. Kemudahan lain yang terdapat di perpustakaan ini ialah auditorium dan bilik tayangan. Selain itu, Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah menyediakan pelbagai koleksi bahan  seperti monograf dan multimedia  sebanyak 136, 683 bahan dan di Kampus Antarabangsa labuan pula terdapat, 17, 340 bahan koleksi manakala , di Bilik Bacaan Sandakan mengandungi 1,131 bahan koleksi. Selain itu,terdapat juga langganan jurnal bercetak iaitu 458 jurnal dan sejumlah 70 judul adalah langganan KAL.
     Pada masa yang sama,di  perpustakaan UMS terdapat 26 pangkalan data (Koleksi Digital) yang dianggarkan berjumlah 320,389 judul yang merangkumi jurnal, majalah, handbooks dan proceedings. Selain Koleksi Digital, perpustakaan turut melanggan sejumlah 75 tajuk jurnal elektronik dan menyediakan laman internet yang mengandungi lebih kurang 4,000 judul jurnal yang berupa petikan penuh dan abstrak.
    Disamping itu, di perpustakaan ini menggunakan bahan-bahan yang dikatalogkan mengikut "Library of Congress Classification Scheme". Dimana, semua maklumat tersebut disimpan dalam sistem perpustakaan yang dikenali sebagai "Virginia Technology Library System" (VTLS) dan pengguna juga boleh memperolehi maklumat bahan yang terdapat di perpustakaan dengan mengakses Katalog Awam Atas Talian/ Online Public Access Catalogue (OPAC) iaitu kaedah pencarian dengan menggunakan kata kunci, nama pengarang , judul bahan dan subjek. Sistem ini bertujuan  memudahkan pengguna mencari bahan rujukan.
     Dengan pelbagai kemudahan yang disediakan membuatkan Universiti Malaysia Sabah setanding dengan Universiti lain di Malaysia.



Oleh : Syazwani Binti Mohammad

Hanya aku yang tahu


Tajuk cerpen : Hanya aku yang tahu 

Hujan pagi itu membunyikan segala zink bumbung rumah yang berdesing berirama seperti menandakan tiada tanda mahu hentinya. Suasana pagi yang dingin menambahkan lagi kerisauan di dalam hatiku. Bagai baru semalam peristiwa itu berlaku di depan mataku. Aduh ! Apakah ini tiada noktahnya, sangat sakit dan rasa terbuku di hati ini ? Andainya aku tidak mampu untuk memapah tubuhku yang hampir dimamah umur ini masih ada lagikah untuk aku memperbaiki nasib kehidupanku. Air hujan yang mencurah bertitik-titik telah memenuhi mangkuk-mangkuknya. Dapur yang uzur menyebabkan bumbung rumah bocor dan memaksa lantai rumah perlu dialasi dengan bekas-bekas agar tidak dilimpahi air hujan yang turun. Kuih-muih yang diadun dan digoreng rapi perlu disiapkan segera untuk dijual di warung kecil depan rumah. Kuih-muih dialas dengan daun pisang menambahkan keharuman santapan sarapan penduduk kampung yang datang membeli sajian sarapan waktu pagi. Kehebatan air tangan kuih buatan Mak Bibah sangat terkenal oleh penduduk kampung.Rasa adunan doh yang dipukul dengan tangannya pasti menjadi buah mulut orang kampung akan kelazatannya. Jadi tidak hairanlah jika kuih yang dijual oleh Mak Bibah mendapat sambutan dinanti-nanti oleh orang kampung yang datang ke warungnya.
“Mak Bibah, oh Mak Bibah. Dah habiskah kuih jualan Mak Bibah ? Ataukah aku yang lewat turun ke kerja hari ini ?” Sapa Leman separuh menjerit yang lalu di depan warung Mak Bibah.
“Dah habis Man. Kenapa engkau turun lewat hari ini ? Pagi benar lagi dah selesai jualan aku ni. Syukur Alhamdulillah rezeki dariNya.”
“Sampai hati Mak Bibah tak tinggalkan aku sedikit pun. Habis aku nak sarapan apalah lepas ni ? Tekak aku ni dah biasa rasa kuih buatan Mak Bibah yang lazat tu.” Puji Leman berbaur kecewa.
Mak Bibah senyum-senyum dengan pujian ikhlas Leman tadi. Mak Bibah tahu kalau dia tak membuat kuih dengan enak mungkin pelagannya pasti akan lari. Dan dengan pendapatan menjual kuih jugalah dia menyara kehidupannya anak-beranak. Walaupun Mak Bibah seorang yang miskin namun dia tidak pernah mengharapkan belas kasihan daripada orang kampung. Dia tidak pernah mendapat pertolongan orang dengan percuma melainkan ada perkerjaan yang harus dilakukannya untuk mendapatkan upah. Kerajinan Mak Bibah yang cukup terkenal dikalangan masyarakat kampung tidak dapat disangkal lagi kerana selain pandai membuat kuih, dia juga merupakan seorang jaguh kampung dalam masak-memasak gulai kawah di majlis kenduri-kendara. Pokoknya sekiranya  ada majlis kahwin pasti bayang Mak Bibah akan  terpacak di belakang rumah dengan riuh-rendah suara penduduk kampung yang gemar bergurau dengan Mak Bibah. Keramahan diri Mak Bibah menyebabkan penduduk kampung selesa untuk memanggilnya untuk mendapatkan bantuan dalam masak-memasak.  Garam dan gula semuanya sudah sebati dalam tangan Mak Bibah. Semua jenis masakan kampung pasti berasa apabila Mak Bibah turun padang. Kemiskinan Mak Bibah sekeluarga bukan menjadi penghalang untuknya mencari nafkah yang memerlukan kudrat yang lebih. Kadang-kadang Mak Bibah tidak akan tidur apabila seringkali mendapat jemputan untuk membantu dalam hal kenduri-kendara. Mak Bibah rela mengharungi penat lelah demi menharapkan sesuap nasi hasil upah atas kerelaan orang yang memberi. Tangan yang penuh dengan urat-urat menandakan Mak Bibah seorang yang kuat bekerja dari zaman bujangnya. Ramai kawan-kawan sezaman dengannya kini lebih berkehidupan mewah berbanding dirinya. Suami yang diharap dapat meringankan beban hidup keluarga hanya tinggal harapan kerana suaminya telah ditangkap semenjak 10 tahun yang lalu  dan tidak diketahui bila akan tamatnya hukuman setelah dia  didakwa mengedarkan penjualan syahbu di daerah mereka. Sejak dari peristiwa itu Mak Bibah telah jemu mendengar cercahan dan cemuhan orang kampung kerana suka membabi-buta menuduh yang bukan-bukan. Telinga Mak Bibah terpaksa ditulikan walaupun pedas namun, ditelan jua.
“Mak Bibah, betulkah laki kau yang buat benda kotor tu ? Sapa Mak Lijah yang sangat terkenal dengan kepohnya dan sigup di celah bibirnya.
“Entahlah Lijah, aku cuma bertawakal saja dan berdoa saja. Mungkin ini sudah nasib aku. Aku siapalah juga hanya perempuan yang tak punya sekolah tinggi macam orang lain.” Rintih Mak Bibah sayu.
“Kau ni Bibah. Kalau tak kerana angin manakan pohon boleh bergoyang. Ni hah ! Ramai budak-budak kampung ni kata laki kau memang suap semua barang-barang kotor tu. Esh ! Tak berkat tau bila kita bagi makan dengan anak bini kita duit yang tak halal.” Sindir Mak Lijah serba ustazah yang memberi tazkirah.
Siapa juga tak kenal dengan Mak Lijah di Kampung Pisang-Pisang. Perempuan yang menjadi wartawan tak diiktiraf  kampung dari hulu ke hilir dengan menjajah kecantikan barang kemas yang penuh disadur di tangan. Mak Bibah hanya mampu tersenyum melayan karenah Mak Lijah Kepoh itu. Makin dilayan makin menjadi. Mak Bibah sudah lali dengan kata-kata itu semua. Kini, semuanya biarlah berlalu dan terus berlalu. Mak Bibah telah tawar hati akan suaminya yang dianggap dapat merubahnya. Tiadalah guna menanti lagi sehingga dia terpaksa menuntut fasakh. Hanya itu saja jalan terbaik Mak Bibah untuk tidak terus menunggu. Tiadalah guna mempunyai suami sekiranya penantian demi penantian hanya berlabuh dengan harapan yang sia-sia. Nasib malang itu hanya menjadi rintihan yang sedih di hati Mak Bibah. Ada orang kampung yang bersimpati dengan Mak Bibah, namun ada juga yang membenci dan iri hati dengan Mak Bibah. Pernah juga Mak Bibah mendengar bisik-bisik dari mulut Mak Lijah yang mengatakan Mak Bibah membela hantu raya untuk pelaris penjualan kuih-muihnya. Hal itu menjadi tamparan yang hebat dalam hidupnya. Mak Bibah hanya mampu bertafakur di atas sejadah usang berdoa agar segala fitnah itu tidak menjadi hal yang serius. Isu itu tidak terhenti di situ saja, apabila penjualan kuihnya kian merosot dan menyebabkan pendapatan keluarganya kini hanya bergantung hasil bantuan ehsan kepada ibu-ibu tunggal dari kerajaan RM200 sebulan. Kesedihan Mak Bibah membuak-buak di dalam dada sehingga uban-uban yang bersirat di ubun-ubunnya bertambah banyak. Garis-garis usia yang meyirati air wajahnya itu menampakkan lagi dirinya yang tampak lebih berusia daripada batas umurnya yang sebenar. Nasib Mak Bibah lebih bertambah rumit apabila anak perempuannya Rosnah berkahwin dengan lelaki yang malas bekerja. Anak yang  diharap mampu merubah keadaan itu hanya tinggal harapan apabila Mak BiBah sendiri terpaksa membelikan susu untuk cucu-cucunya. Naik kering mulut Mak Bibah menasihati  Budin menantu lelakinya itu tapi semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi saja. Berbagai alasan dicipta dan berbagai ungkapan diputar-belitkan.
“Oh tuhan, aku berserah hanya kepadamu. Jika benar ini adalah jalan yang terbaik keatas walang ku ini aku redha. Namun, aku memohon hanya kepadamu kau berilah aku kudrat ke atas kedua tangan ku ini mengalas segala amanah ini. Dan jika aku pergi menutup mata kelak kau peliharalah keluargaku dari perkara yang sia-sia. Sejadah yang usang dan lusuh itu dilipat seelok-eloknya di tepi dinding rumah berserta kain telekungnya. Hujan masih tetap turun dan mencurah-curah. Langit yang kehitaman pada dada angkasaraya belum puas untuk memuntahkan segala kandungan yang membasahi seluruh pelusuk kampung. Mak Bibah masih juga meneruskan penjualan kuih-muihnya walaupun pendapatannya tidak seperti dulu. Biasanya baki kuih yang tidak habis dijual akan disedekahkan kepada ahli jemaah surau yang sering mengadakan kelas fardhu ain di kampung pisang-pisang tersebut. Kelas fardhu ain biasanya diadakan pada pukul 8 pagi sehingga 10 pagi yang diketuai oleh Pak Seman seorang Imam kampung dan dibantu oleh isterinya. Keluarga Pak Seman dan isterinya sering membantu Mak Bibah walaupun mereka tahu segelintir orang kampung menabur  fitnah terhadap hasil penjualan Mak Bibah.
“Mak, anak Ros dah kehabisan susu ni. Jadi nak buat macam mana ni ?”
“Mintalah tolong dengan laki kau Ros. Mak dah tak ada apa lagi. Nak harap duit dari penjualan kuih tu berapalah sangat. Nasihatlah laki engkau tu. Suruh cari kerja. Jangan asyik duduk rumah saja.” Tegur Mak Bibah kepada Rosnah.
“Ala, Mak ni kan suka cakap yang bukan-bukan. Kan Abang Budin tu tak boleh kerja berat. Jadi nak nasihat apa lagi. Tambah-tambah sekarang susah nak cari kerja Mak.”  Sampuk Rosnah sambil memenangkan suaminya yang pemalas itu.
“Mak dah naik letih cakap dengan kamu berdua ni. Sedikit pun tak mau berubah. Kalau Mak tak ada besok siapa lagi nak tanggung kamu anak beranak ? Aku sudah tua Ros, aku tak mau tengok kamu merempat hanya mengharapkan belas kaishan orang lain. Mak mau anak-anak Mak dapat menjaga Mak. Bukan Mak yang menjaga kamu bila kau dah kahwin dengan Budin tu. Apalah nasib aku, dapat anak perempuan pun ikut jejak lakinya berat tulang. Itulah Mak dah pesan jangan kejar-kejar lelaki. Sekarang tengok apa jadi ?” Keluhan demi keluhan termuntah dari bibir Mak Bibah.
Rosnah hanya membalas teguran emaknya dengan mencebik mulut ke depan sambil melangkah ke luar rumah. Sikap Rosnah yang terlalu memanjakan suaminya memaksa Mak Bibah hanya tinggal di rumahnya ibarat orang asing. Ibarat kata semua hal yang berkaitan dalam rumah menjadi beban yang harus dipikul oleh Mak Bibah.
Suatu petang sedang Mak Bibah sibuk membersihkan semak dibelakang rumahnya. Mak Lijah datang mengkhabarkan bahawa anak menantunya pula ditangkap oleh polis kerana didapati cuba merompak sebuah rumah di kampung Seberang. Naik gugur jantung Mak Bibah mendengar berita itu. Rosnah yang datang bersama anaknya dibelakang rumah menangis teresak-esak meratap nasib suaminya yang dipenjarakan.  Berita itu menjadi isu yang sangat hangat bak cendawan tumbuh. Orang kampung mula menyakat hal yang tidak sepatutnya. Dan tidak kurang juga yang menyalahkan Mak Bibah kerana terlalu memanjakan anak menantunya itu.
“Hai, dulu lakinya, sekarang menantunya pula. Tak habis-habis keluarga Mak Bibah ni buat onar dalam kampung kita ni.”Sambung  suara sumbang orang kampung yang sudah termakan buah mulut Mak Lijah.
“Itulah kesan kalau kita bagi rezeki yang tak halal kepada isi rumah. Hantu raya yang dibela oleh Mak Bibah tu kan dijaga oleh Budin. Ada baiknya juga kalau Budin tu ditangkap menyusahkan anak bini buat apa ? Dah la malas bekerja, ada hati pulak nak kahwin dengan Rosnah. Rosnah tu pun gatal nak belaki.” Tambah Mak Lijah mencanang seluruh kampung.
Mak Bibah tidak berganjak dari tempatnya berdiri. Dia hanya memerhati anaknya Rosnah menangisi nasib suaminya yang dikhabarkan itu. Mak Bibah perlahan-lahan bergerak dan mencapai tudungnya yang berjemur di ampaian. Tanpa berkata-kata apa dia melangkah dengan wajah yang penuh kesabaran. Dia hanya mampu untuk menjenguk anak menantunya saja yang berada di dalam penjara apabila wang mula menjadi modal untuk melepaskan tahanan sebagaimana nasib suaminya dulu. Rosnah yang kini menjadi janda muda merintih kisah-kisah kehidupan serupa dengan nasib Mak Bibah.
Hari bertemu bulan, bulan bertemu tahun ibarat tiada noktahnya begitu jugalah kisah itu ditelan oleh hari-hari yang mendatang. Mak Bibah tetap meneruskan tangungjawabnya sebagai pembuat kuih yang handal di warung yang usang itu. Hidup Mak Bibah hanya dihabiskan dengan tugasnya sebagai ketua keluarga. Rosnah pula tetap dengan perangainya yang tidak siuman membilang hari kepulangan suami yang amat dicintainya Budin. Separuh gila juga Mak Bibah memujuk Rosnah untuk tidak meratap Budin yang masih di dalam penjara. Kekangan daripada itu, Mak Bibah terpaksa menjaga cucunya yang masih kecil dan memelihara Rosnah yang serba tak keruan itu. Mak Bibah tidak pernah menyalahkan takdir bahawa semua yang berlaku mungkin atas kelalaiannya yang terlalu memanjakan anak-anak sehingga dia terpaksa menanggung itu semua. Sebelah pagi Mak Bibah terpaksa menjaga Rosnah dengan memandikan dan menyikat rambut Rosnah dan akan segera turun di hadapan warung bersama kuih hasil jualannya yang digoreng awal subuh lagi. Kuih Piyang berintikan kacang hitam digoreng panas-panas pastinya menjanjikan pintu rezeki yang diharapkan.
“Mak Bibah, apa khabar Mak Bibah ? Ada kuih untuk aku lagi ?” Leman menyapa Mak Bibah yang duduk menanti pelanggannya.
“ Leman, pastinya Mak Bibah simpankan. Mungkin ada eloknya aku berhenti daripada menjual kuih piyang ini tapi aku tak berdaya Leman.”
“Kenapa Mak Bibah cakap macam tu ?” Keliru.
“Aku dah tua Leman, mungkin pada pandangan kamu aku sihat-sihat saja tapi batin aku yang tersiksa. Mana menahan jemuhan dari orang sekeliling.” Keluh Mak Bibah.
“Ala Mak Bibah jangan dengar cakap orang sangat. Rezeki orang masing-masing. Mereka di kampung termakan dengan kata-kata Mak Lijah tu. Tak habis-habis nak kutuk rumah tangga orang lain. Padahal tu hah ! Anak lelakinya suka merosakkan anak dara orang, berbuih mulut berkata, tapi semuanya disangkalnya konon anak orang lain yang gatal.” Tegas Leman bersungguh-sungguh.
“Biarlah Leman dia nak mengutuk aku, asal aku tak ganggu keluarganya sudahlah. Aku tiada apa yang perlu ditayangkan dan hartaku sikit pun tak pernah menganggu kehidupannya. Aku ini orang susah dan sudah lali mendengar cacian orang.” Sambil membetulkan kedudukan kuih piyangnya yang berada di atas meja jualannya.
“Nah Leman, macam biasa bahagian untuk kau.” Mak Bibah menghulurkan sebungkus kuih piyang yang masih hangat.
“Terima kasih Mak Bibah.”
 Leman tersenyum dan mengambil bungkusan itu lalu pergi dengan motorsikalnya terus lenyap ditelan oleh rumah-rumah kampung yang berderetan sepanjang  jalan di kampung pisang-pisang yang lenggang itu. Hanya sesekali jalan itu dilalui oleh lori-lori dan bus sekolah kadang-kadang singah mendapatkan jualan Mak Bibah. Biasanya Mak Bibah akan duduk menanti pelanggannya sehingga matahari terbit naik. Kalau masih berbaki Mak Bibah akan menghantarnya ke surau. Dari jauh Rosnah akan memerhati emaknya menjual bersama Amin yang berumur 3 tahun. Rosnah akan duduk di tangga rumah menanti kepulangan suaminya. Kasih sayang yang melampau menyebabkan Rosnah  menjadi tidak keruan sehingga tidak mampu untuk menguruskan dirinya. Mak Bibah hanya mampu menangisi nasibnya yang hanya dibayar dengan airmata. Pada sebelah petang Mak Bibah akan menghabiskan masanya di kebun sayur yang diusahakan bagi menampung kehidupannya. Mak Bibah akan mendukung cucunya sambil memetik cili merah yang masak meranum. Sayur terung yang tergantung panjang amat sesuai dipetik segar dibuat gulai lauk makan malam. Batas-batas sayur yang segar menghijau menandakan rezeki untuk keluarganya pada bulan ini akan bertambah. Sayur kacang panjang yang menari-nari ditiup angin seperti kegembiraan bersedia untuk dipetik. Buah betik dan pucuk ubi yang dipetik dan diikat sengenggam menandakan esok pagi Mak Bibah akan menjual hasil tanaman bersama-sama dengan kuih piyangnya. Hari itu dilalui dengan penuh kebahagian apabila semua jualannya habis dijual. Semuanya telah berubah apabila Mak Lejah tidak lagi berani menyakap keluarga Mak Bibah setelah anak lelakinya dihukum ke tali gantung kerana mengedar dadah. Mak Bibah yang mendengar berita itu hanya mampu mendoakan kebahagian ke atas Mak Lijah dan memaafkan segala perbuatan lalunya. Luhurnya hati Mak Bibah tanpa menyimpan perasaan dendam menyebabkan masyarakat kampung memandang tinggi keperibadian Mak Bibah seorang yang pemaaf. Mak Bibah menghabiskan masanya bersama cucunya di kebun sambil diperhatikan oleh Rosnah yang duduk dibawah pohon jambu merah yang masak meranum.
“Mak,….” Suara Rosnah memanggil emaknya.
“Kenapa nak ?” Mak Bibah merumput pada petang itu.
“Abang Budin tak pulang ? Lama dah abang Budin tak pulang”. Rosnah mencarik-carikkan hujung bajunya yang berwarna merah.
Tersentak juga Mak Bibah mendengar perkataan yang keluar dari mulut Rosnah. Senyuman Mak Bibah terukir dengan pipinya  yang berkedut halus tiba-tiba dibasahi oleh air mata yang suam-suam.
“Jangan difikir perkara yang sudah berlalu Ros, sekarang ni kau dah berkeluarga dan ada anak. Apa kau tak kesian tengok anak kau yang masih kecil tu. Mungkin ni semua takdir untuk kita. Tapi kau kena ingat masa sekarang. Cucu emak tu perlukan kasih sayang dari kau ibu yang melahirkannya.” Nasihat Mak Bibah didengar baik-baik oleh Rosnah.
Tiba-tiba.
“Nenek………………..” Jerit Amin cucunya dari rimbunan sayur-sayur.
“Arhggggggggggg………(menangis)
Suara Amin meriuhkan suasana petang itu dengan nada tangisan yang penuh dengan kesakitan. Amin mengerang dengan penuh kesakitan. Mata Mak Bibah terbeliak besar mendengar suara kesakitan itu.
“Subhanallah cucu aku !!!!!!!!! Amin !!!!!!!!!!!!!” Mak Bibah meninggalkan Rosnah yang seolah-olah tidak menyedari apa-apa yang berlaku.
Alangkah terperanjatnya Mak Bibah melihat cucunya terbujur terlentang betul-betul di atas batas sayur terung dengan wajah yang pucat lesi. Suara Amin tersekat-sekat. Pandangannya kabur dan kehitam-hitaman. Mak Bibah yang dalam keadaan penuh cemas menjerit dengan sepuas hatinya apabila seekor ular tedung telah memuntahkan bisa keatas badan cucu kesayangannya itu. Mak Bibah mengerang dengan kehibaan apabila suara Amin mula hilang dan nafasnya behenti dengan serta-merta. Mak Bibah memapah tubuh kerdil itu dengan penuh kasih sayang. Merangkul erat dengan airmata sambil kain bajunya dibasahi oleh ketulan peluh kerisauan. Suasana petang itu seolah-olah mengerti bahawa Amin pergi meninggalkan kenangan masa lalu bersama neneknya Mak Bibah dan ibunya Rosnah. Rosnah menjadi tidak keruan dan bertambah tidak siuman. Orang kampung mula memenuhi perkarangan rumah Mak  Setiap mata berkaca-kaca kemerah-merehan. Menahan kehibahan senja itu. ekujur tubuh kerdil yang diliputi kain putih melampiaskan kesedihan seluruh penduduk kampung yang datang. Wajah Amin yang pucat dengan wajah manis penuh senyuman seperti menandakan dia tenang pergi buat selama-lamanya.


oleh : Sabran bin Kibong