Pro Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) merasa sangat
terkilan dengan system E-Voting yang “tidak jelas” bagi mereka. Pada
Pilihanraya Kampus UMS 2013/2014 yang telah berlalu, Pro-Mahasisiwa telah tewas dalam PRK baru-baru ini dan bagi Pro-Mahasiswa, hal ini berlaku kerana masalah penyampaian
maklumat oleh pihak tertentu. Ekoran itu, Pro-Mahasisiwa UMSKK dan UMSKAL telah
menghantar memorandum “bantah e-voting” kepada menteri pendidikan II, Datuk
Idris Jusoh pada 13 November lalu.
Dalam
memorandum itu, Pro-Mahasiswa UMSKK menyatakan 4
tuntutan iaitu menuntut pihak UMSKAL menggantung keputusan pilihanraya kampus
sesi 2013/2014 sehingga dijalankan satu siasatan lengkap oleh sebuah badan
bebas ke atas keseluruhan proses pilihanraya kampus. Kedua, pihak pro-m umskk
menuntut agar system e-voting dimansuhkan dan ketiga umskk meminta agar
menubuhkan Suruhanjaya Pilihanraya Mahasiswa (SPR mahasiswa). Manakala tuntutan
keempat adalah mewujudkan pemerhati dan pemantau bebas semasa sesi undian.
Apa itu
E-voting? E-voting merupakan sistem pembuangan dan pengiraan undi yang
menggunakan aplikasi elektronik sebagai alternatif menggantikan system
pemangkahan undi melalui kertas. Melalui sistem ini, pengundi hanya meyentuh
skrin sentuh pada mesin elektronik undian untuk memilih calon pilihan mereka.
Ia sangat memudahkan para pengundi, namun bagi pro-m, system ini mempunyai
keburukan serta kelemahan. Sistem ini digunapakai secara meluas di negara luar
seperti Brazil dan Amerika Syarikat.
Seorang
wakil daripada Pro-Mahasisiwa mengatakan, umum mengetahui bahawa sesuatu system akan
tidak sempurna dan akan dapat lompang-lompang disedari atau tidak dan mungkin
juga direka-reka oleh pihak tertentu bagi memenangkan sesuatu kumpulan. Beliau
menambah bahawa mahasiswa juga tidak mahu pemimpin yang dipilih adalah pemimpin
system atau pemimpin computer tetapi pemimpin yang ingin dilahirkan adalah
pemimpin yang menang dengan kredibiti.
Harapan
Pro-mahasiswa umskk agar tuntutan ini dapat dilaksanakan dan diambil tindakan segera serta hak mahasiswa
di ums terbela. Pro-Mahasiswa mengharapkan sokongan daripada semua mahasiswa supaya perjuangan hak
mahasiswa terus dapat dilaksanakan.
DITULIS OLEH : AIYUB MS
No comments:
Post a Comment