Friday, 6 December 2013

Carnival Business of Innovation.

          Pada 5 Disember 2O13, bertempat di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah telah berlangsungnya satu program yang dinamakan sebagai “  Carnival Business of Innovation “ yang dianjurkan oleh Sekolah Perniagaan dan Ekonomi. Program ini telah berlangsung seawal jam6.30 pagi, di mana para pelajar bersiap sedia untuk mendaftar booth masing-masing.


Pada jam8.30 pagi pula, ketibaan para tetamu jemputan dan vip sambil dijamu dengan makanan dan minuman ringan. Pada jam10.00 pagi pula, telah berlangsungnya bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku dan lagu Universiti Malaysia Sabah, ucapan daripada pengarah program iaitu saudari Song Xiu Hui dan ucapan perasmian daripada Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah. Pada jam11.00 pagi pula, para tetamu jemputan dan vip melawat ke booth-booth dan sedikit jamuan ringan telah disediakan buat para tetamu jemputan dan vip.


          Pada sebelah petangnya pula iaitu jam2.00 petang, telah berlangsungnya satu demonstrasi iaitu “ Demonstration of Grooming “ daripada Malaysian Assosiation of Hospitality ( MAH ) dan mereka juga mengadakan aktiviti seperti Fruit Attack dan Taste and Guess. Pada jam4.00 petang sehingga jam5.00 petang, majlis penutupan telah berlangsung dengan jayanya. Pemberian hadiah kepada para pemenang dan cabutan tiket bertuah telah diadakan.


          Program ini telah banyak mendatangkan manfaat kepada semua para pelajar Sekolah Perniagaan dan Ekonomi bahkan juga seluruh warga Universiti Malaysia Sabah. Sememangnya program ini telah dapat mengasah bakat setiap pelajar untuk merekacipta sesuatu produk yang baru sesuai dengan nama program yang diberikan iaitu “ Carnival Business of Innovation “. Atas galakan dan tunjuk ajar daripada pensyarah yang berpengalaman, program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Di samping usaha para pensyarah, usaha para pelajar juga harus dipuji kerana berjaya mengolah idea yang kreatif untuk kepentingan masyarakat dan juga negara.Idea-idea mereka seperti tong sampah serbaguna, perkhidmatan buku terpakai, khidmat fotografi, teknologi ampaian pakaian dan sebagainya.
DAYANG SITI RAHMAH / SEKOLAH PENGAJIAN SENI

No comments:

Post a Comment