Satu detik dua detik masa berlalu, aku terus memikirkan bagaimana aku
harus melalui jalan hidup yang perlu ku lalui seperti mana hari-hari yang
berikutnya. Aku hanya mampu berdoa kerana hari ini adalah hari yang sangat
penting bagi diriku. Aku mungkin sedar diri ini penuh dengan segala kekurangan
dan kekhilafan diri. Aku jahil terhadap diri ini aku jahil pada kejadian ini
dan aku jahil pada ciptaan selama ini. Ada perlunya penyesalan dalam pancaroba
dunia ini. Tiap detik membilang masa tiap masa membilang minit dan tiap minit
membilang saat. Ku pandang kanan dan kiri. Jari-jemari membilang terkaan dan
segala kemungkinan yang bisa dan tak bisa aku lalui lagi. Pemikiran hanya
kematu membuta tuli melampiaskan segala apa yang tersirat dan yang tersurat
didalam lubuk hati yang berkecamuk bagai tidak menduga dan tidak percaya. Suara
hati makin kuat memanggil seolah-olah berbisik menyatakan bahawa aku tidak
sanggup, aku tidak mampu dan aku tidak punya kuasa selain daripada kehendakNya.
Telinga, mata mulut telinga,kaki,tangan,lidah, semuanya bakal menjadi tuan dan
bakal menjadi hakim. Sumpah setia hanya tinggal pada sementara namun, selamanya
hanyalah kekal dia yang lebih mengetahui.
“Beran…………..”. Suara mak memanggil aku. Suara itu aku perlu peka dan ingat dan terus
ingat. Mungkin Suara itu jugalah yang lebih kuamati betul-betul bagai menyimpan
penetapan kotak pemikiran yang semaksima mungkin agar ianya tidak lagi
tertanggal sampai bila-bila.
“ Kau ni dengar atau nda apa yang
aku cakap ni. Buat-buat nda dengar lagi. Tinguk diam juga. Apa bah punya anak
ni, dipanggil-panggil lagi nda mendengar.” Suara dan
kata mak mengomel lagi. Begitu indah kata itu biarpun berbaur sinis sikit
katanya. Rindu pada wajah itu kuamati dengan tenang namun tiap nafas yang
keluar atau terpacul pasti mendengkus lagi bernada dan berderum seperti
kenderaaan pacuan empat roda. Apa mungkin berat bagi diri untuk melihat dan
melepaskan segalanya insan-insan yang sememangnya aku paling sayangi.
“Mak….mak….mak…..”. Kata hati aku memanggil kata nama itu dengan penuh sugguh-sungguh apakah
semua ini dapat ku kata dan kulafazkan jika semuanya dapat kuceritakan. Bukan
tak mahu menyahut panggilan mak tapi biarlah aku puas meratap wajah yang penuh
kelembutan itu meskipun garis-garis halus pada wajah mak menyadarkan dirinya
sudah dijamah usia namun masih tetap tabah biarpun semuanya serba-serbi masih
mereka belum ketahui. Barangkali tiada siapa menduga jika ini dialah harinya
yang mengungkap segala perbuatan dan kepatuhan kepada siapa kita harus kembali.
Jujur sekali mata itu memerhati dengan penuh tanda tanya kenapa ada wajah
semacam itu berpaling dan melihat keanehan yang semacam itu. Wajah tua itu
tetap merenung segala perilaku aku yang masih kaku memandang pada wajah mak
yang redup penuh dengan kasih sayang. Terlalu banyak yang perlu dan hendak aku
katakan kepadanya dan semua dan seterusnya kepada semua insan-insan yang aku
lihat kelmarin dan kelmarin, beberapa hari dan beberapa minggu yang minggu dan
beberapa bulan dan beberapa tahun yang aku pernah lalui dan yang ku temui.
Bagaimana aku mahu menyatakan dan mengungkapkan kepada mereka-mereka yang wujud
ketika diri masih lagi mampu untuk bergerak ini. Hari ini biarlah menjadi hari
ini. Dan hari ini juga adalah biar menadi hari yang aku tidak boleh lupa sampai
bila-bila. Terlalu banyak aku perlu ketahui dan terlalu banyak hal duniawi yang
belum pernah kulalui. Terlalu panatas dan cepat ia terus membilang detik dan
saat lagi. Adakah kesempatan dan adakah lagi peluang untuk aku mencuba dan
terus mencuba dimanakah yang harus kumulakan dulu. Hati sentiasa bertanya
bertanya bertanya dan terus bertanya. Mungkinkah? Siapakah? Apakah?
bagaimanakah? Entah bilakah ?Kenapakah dan Untuk apakah ini semua terjadi?
Persoalan demi persoalan akan hadir dengan tanpa diduga. Mata hati bertanya
berbaur persoalan masih lagi berkata bertanya untuk saling mahu mendahului
hukum yang mana dulu bersangkut pada naluri hati itu.
“ Kenapa kau Beran? Ada masalahkah?
Ahahahaahaha”. Sinis abang senyum sambil ketawa. “Selalu kaulah yang paling kuat ketawa. Kenapa hari kau nda ketawa
lagi. Pastu termenung pulak? Ingat cewek ka? Ahahakaah”. Aku masih
tersenyum dan membalas pandangan abang dengan biasa saja tapi penuh dengan
pandangan yang bermakna. Biar puas dan puas ku lihat mata dan wajah-wajah yang
perlu ku sayangi lagi. Aku masih lagi duduk membisu di kerusi ruang luar rumah
memerhati dan menghayati baur-baur alam dan damainya ciptaan tuhan ini. Masa
lagi berjalan dan berdetak aku tahu masa itu aku takkan mampu melawan
segalanya. Dan aku tak mampu lagi melewati segala yang ku belum hajati kabulan
harapan ku selama ini. Persoalan kalau mereka tahu? Aku…..aku….aku…..seperti
tidak mampu untuk mengeluarkannya dari bibir. Dulu bibirlah yang lancang
mengeluarkan segala yang tidak sepatutnya. Makan,minum,bercakap, mengata,mengeji,mengutuk
dan mencanai,bohong,fitnah, semuanya dengan mudah aku lakukan. Namun kini bila
tiba hampir begini semua itu hanya sekadar yang sia-sia tiada tanda penghargaan
melaluik kata kalimah ucapan “Syukur
alhamdulillah”. Kalaulah aku mampu aku untuk memberitahu mereka-mereka
apakah yang harus aku lakukan. Wajah-wajah indah dan bibit kenangan semuanya
bermain dalam kotak pemikiranku. Aku tak sanggup meninggalkan segala yang kau
sayang. Masihkah ada pintu itu untuk aku kembali kepada mereka-mereka dan
kepada yang hakiki. Tetap benar aku pasti ingat semua itu.
“ Mak nda kisah semua apa yang
berlaku nasib anak-anak mak, nasib mak yang membesarkan kamu dari kecil seorang
diri tanpa ada tangan kanan yang membantu,tanpa ada batin yang perlu
dikongsikan selain minta sama tuhan moga semuanya selamat dan mudah-mudahan
tuhan tolong sama kita”.
Menyimpan banyak bait-bait makna sebenar itu. Aku berfikir bagaimana bila
mereka-mereka semua telah tiada. Tapi itu dugaan kerana aku harus kembali dulu
daripada mereka-mereka. Luluh hati mengenangkan apa segala yang kukerjakan dan
pernah ku sentuh dan ku basuh ku buat dan ku hidang segala yang di dapur.
Masakan dan kesukaan semua mereka-mereka bila aku yang menjuadahkan dengan
kemahiranku. Kufikir ku masih bermimpi tapi tidak masa tidak menunggu kita
terus bergerak dikala mentari mula kunyah oleh gunung bukit-bukau manandakan
masa semakin suntuk untuk aku memikirkan. Masihkah aku sempat memohon maaf ke
atas semua kesalahan dan keburukan yang ku lakukan sama ada kepada
mereka-mereka yang ku telah lanjurkan atau kepada benda-benda hidup yang pernah
kusakit sepanjang hidupku ini. Aku tak mau menangis aku tak mau melihat mereka
menangis bila siap diuruskan bila aku kembali nanti. Masihkah ada pintu maaf
keampunan terhadap kesalahan ku yang zahir dan batin? Aku mau mencium
mereka-mereka sepuas-puasnya kala aku masih menghitung detik ini.
Mak….Bapak….Biarpun kita pisah dan penceraian itu menampiaskan segala kisah
hidup yang serba kekurangan ini, aku tetap redha…..Mungkin ini semua suratan
dari kekuasaanya dan pasti ada hikmah di sebaliknya. Mampukah aku untuk
mengenal segala adik-beradik ku yang berpecah-belah oleh dek kerana perasaan
dendam dan cemburu mak tiri isteri baru bapak. Bukan…bukan itu caranya untuk
melepaskan apa yang terbuku di hati. Jangan abaikan mama dan jangan abaikan
bapak. Sebelum aku kembali aku berhajat benar mahu menemui segala adik-beradik
yang berpecah belah itu. Ikatan dan darah yang mengalir tetap darah mak dan
bapak. Adakah peluang aku untuk berjumpa dengan mereka semua dikala aku ini
adik yang paling bongsu yang terbiar tanpa kasih sayang bapak. Mak menjaga dan
mengasuh memeberikan segalanya. Membesarkan aku mak dengan tulang tenaga
usianya kini mak 60 tahun. Aku mahu cium pipi dan dahi Mak buat kucupan kali
yang penghabisan dan kucupan bapak,kakak-kakakku,abang-abangku,anak-anak
buahku,babu-babu,pakcik-pakcikku dan semua mereka-mereka ini izinkan aku untuk
memeluk dan mencium dan pelukan kali yang penghabisan dan terakhir sentuhan
semuanya itu. Jam masih lagi berdetik. Mungkinkah aku damai di sana apabila
malaikat maut datang seolah-olah dengan apa caranya untuk rohku meninggalkan
jasadku. Aduh !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Adakah sakitnya maut….Bagaimanakah
pedihnya siksa aku di alam bawah sana yang penuh gelap gelita….Makkkkk aku
takut……..aku takut meninggalkan mak …..mak….aku mau cium tangan mama mau cium
sujud kaki mak…..mau kucup sepuas-puasnya muka mak…tatap dan tatap lagi muka
mak..tapi aku tak berdaya airmata terus menitis dikala tengah malam subuh pasti
ini aku ingin menyatakan INI HARI TERAKHIR AKU HIDUP DIBUMI INI !!!!!!!!!!!!!!!!!!!...........
Dikala subuh rakan sebilik semua lelap tidur maka jasadku kaku dengan
kembalinya aku dengan taipan yang terkhir menghadap komputer riba kecil ini
maka ayat terakhir berkumandangnya azan subuh aku melafazkan kata terakhirku.
Hati terus-menerus berdoa dan berdoa mohon keampunan kepada allah akan segala
dosa yang pernah kulakukan bermain dalam ingatan nazakku……..
“Asyhaduhanlahillahaillahwaasyhaduhannamuhammadarrasulullah…………aku
sayang semua mereka-mereka…………allahuakhbarrrrrrrrr………….maafkan aku aku aku
insan penuh dosa……doakan aku tanpa henti,ziarah pusaraku kurangkan sakit ini………”.
Hembusan terhenti.
TAMAT
Oleh : Sabran Bin Kibong
No comments:
Post a Comment