Sunday 1 December 2013

Keistimewaan Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah.



     Setiap Universiti mempunyai perpustakaan yang tersendiri ini kerana perpustakaan  memainkan peranan penting dalam membantu menghasilkan masyarakat kelas Pertama terutama sekali pelajar, ahli akademik dan juga para penyelidik.  Hal ini demikian kerana, melalui perpustakaan kita dapat mencari bahan rujukkan dengan mudah dan menambah ilmu pengetahuan. Di Universiti Malaysia Sabah (UMS) terdapat sebuah Perpustakaan yang merupakan di antara perpustakaan akademik yang tercantik di negara ini. Perpustakaan (UMS) utama terletak di kampus Induk iaitu di Kota kinabalu dan cawangannya terletak di kampus Labuan dan Sandakan. Perpustakaan induk boleh menampung kira-kira 4,000 pengguna dalam satu masa tertentu.

     Perpustakaan UMS menyediakan pelbagai khidmat pelanggan bagi memudahkan pelajar, pelawat, ahli akademik berurusan. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah perkhidmatan pinjaman biasa dan pinjaman antara perpustakaan , perpustakaan ini juga menyediakan perkhidmatan Kubikal (cubicles) sebanyak 170 buah untuk memudahkan pembelajaran pengguna, perpustakaan, bilik seminar. Kemudahan lain yang terdapat di perpustakaan ini ialah auditorium dan bilik tayangan. Selain itu, Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah menyediakan pelbagai koleksi bahan  seperti monograf dan multimedia  sebanyak 136, 683 bahan dan di Kampus Antarabangsa labuan pula terdapat, 17, 340 bahan koleksi manakala , di Bilik Bacaan Sandakan mengandungi 1,131 bahan koleksi. Selain itu,terdapat juga langganan jurnal bercetak iaitu 458 jurnal dan sejumlah 70 judul adalah langganan KAL.
     Pada masa yang sama,di  perpustakaan UMS terdapat 26 pangkalan data (Koleksi Digital) yang dianggarkan berjumlah 320,389 judul yang merangkumi jurnal, majalah, handbooks dan proceedings. Selain Koleksi Digital, perpustakaan turut melanggan sejumlah 75 tajuk jurnal elektronik dan menyediakan laman internet yang mengandungi lebih kurang 4,000 judul jurnal yang berupa petikan penuh dan abstrak.
    Disamping itu, di perpustakaan ini menggunakan bahan-bahan yang dikatalogkan mengikut "Library of Congress Classification Scheme". Dimana, semua maklumat tersebut disimpan dalam sistem perpustakaan yang dikenali sebagai "Virginia Technology Library System" (VTLS) dan pengguna juga boleh memperolehi maklumat bahan yang terdapat di perpustakaan dengan mengakses Katalog Awam Atas Talian/ Online Public Access Catalogue (OPAC) iaitu kaedah pencarian dengan menggunakan kata kunci, nama pengarang , judul bahan dan subjek. Sistem ini bertujuan  memudahkan pengguna mencari bahan rujukan.
     Dengan pelbagai kemudahan yang disediakan membuatkan Universiti Malaysia Sabah setanding dengan Universiti lain di Malaysia.



Oleh : Syazwani Binti Mohammad

No comments:

Post a Comment