Jumaat, 22 November 2013 : telah berlangsungnya
satu majlis yang di beri nama "Dialog Orang Seni", DOS. DOS merupakan hasil
majlis yang di laksanakan oleh Pelajar Tahun 2 Seni Kreatif dalam Major
Penulisan dengan kerjasama Kelab Sastera Mahasiswa atau lebih dikenali Kelab
Karma. Majlis ini telah berlangsung di Threaterette Ahmad Nisfu, Sekolah
Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah. Majlis berlangsung sekitar pukul
3.00 P.M sehingga 5.00 P.M.
Pengisian
Dialog Orang Seni adalah tentang penekanan kepada tajuknya iaitu “Haruskah
Seni?”. Pelbagai persoalan yang perlu diperjelaskan tentang “Haruskah Seni?”.
Antara ahli panel yang telah di jemput secara rasminya, iaitu ahli panel
pertama, Tuan Haji Samin Bin Ongki dari YADIM, panel kedua pula, Prof.Madya
Dr.Suwaid Tapah dari UITM, dan Moderator yang juga merupakan pensyarah Sekolah
Pengajian Seni iaitu En.Sharifuddin Zainal.
Dialog
Orang Seni (DOS) telah merungkai pelbagai persoalan mengenai “Haruskah Seni?”.
Seni di katakana Haram oleh sebilangan persepsi masyarakat diluar sana. Seorang
pelajar telah bertanya ‘adakah seni itu haram?’, Tuan Haji Samin Bin Ongki
menjawab ‘Seni itu tidak haram. Malah dalam al-Quran terdapatnya unsur seni,
jika tidak ada seni, maka pembacaan ayat al-Quran tidak ada alunan yang merdu
dan indah dan keindahannya tidak terlihat. Jika tiadanya seni.’ Itulah dia seba
sedikit contoh yang saya fahami.
Tuan
Haji Samin juga memberitahu bahawa persepsi manusia mengatakan seni itu haram,
hanya kerana perilaku atau cara penyampaiannhya di lihat haram. Contohnya
mendedahkan apa yang sepatutunya tidak patut didedahkan dari segi pemakaian
seorang orang seni itu. Makanya, cara sebegitu jadilah haram.
Ada
juga pelajar bertanya, ‘apakah hukum kepada orang yang menjatuhkan hukuman
bahawa seni itu haram?’. Prof.Madya Dr Suwaid Tapah telah membidas soalan ini.
Katanya ‘ Siapa kita sebagai manusia, dan apa hak mereka mengatakan seni itu
haram, dan apa hak mereka untuk menghukum orang seni?, Hal hukum ini hanya Allah
sahaja yang berhak, bukannya mereka’.
Prof.
Madya Dr.Suwaid Tapah juga memberikan kata-kata semangat kepada pelajar-pelajar
yang hadir ketika itu, termasuk saya sendiri. Katanya ‘bermotivasilah terus
menjadi pelajar sekolah pengajian seni, jangan terlalu ikut persepsi
masyarakat. Tambahannya pula, dalam bidang matematik juga ada seni nya.
Falsafah matematik itu sendiri, mengajar untuk jujur dalam hidup, contohnya
dalam pengiraan tolak, tambah, darab, bahagi dan sebagainya.
Pengajaran
yang dapat dijadikan manfaat melalui kata-kata ahli panel ini adalah jangan
lupa pada soal akidah. Nilai kita dan sebagai orang seni perlu ada nilai
Akidah, Estetika dan Etika. Ketiga-tiga nilai ini sangat penting di amalkan
sebagai orang seni. Maka, barulah ianya di namakan seni dan tidak akan
terlihatnya seni itu haram.
Majlis
seperti Dialog Orang Seni ini telah memberi banyak manfaat dan sangat menarik.
Ianya mampu merungkai bagi persoalan yang belum terjawab sebelum ini. Pelajar
Sekolah Pengajian Seni yang menghadiri majlis ini sangat beruntung dan dapat
manfaat apatah lagi sebagai pelajar seni. Oleh itu, Majlis seperti ini perlulah
diadakan lagi agar dapat membawa faedah kepada pelajar seni mahupun pelajar
lain dan persepsi yang mengatakan seni
itu haram akan merubah kepada persepsi yang positif mengenai seni serta
percaya bahawa seni itu tidak haram kerana ianya juga satu ilmu kemahiran yang
sangat penting dalam kehidupan manusia sehari-hari.
Ditulis oleh : Dg Nurfahimah Binti Ag Esa