Monday, 25 November 2013

~ HARUSKAH SENI ~

“Dialog Orang Seni-DOS”

Jumaat, 22 November 2013 : telah berlangsungnya satu majlis yang di beri nama "Dialog Orang Seni", DOS. DOS merupakan hasil majlis yang di laksanakan oleh Pelajar Tahun 2 Seni Kreatif dalam Major Penulisan dengan kerjasama Kelab Sastera Mahasiswa atau lebih dikenali Kelab Karma. Majlis ini telah berlangsung di Threaterette Ahmad Nisfu, Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah. Majlis berlangsung sekitar pukul 3.00 P.M sehingga 5.00 P.M.

    Pengisian Dialog Orang Seni adalah tentang penekanan kepada tajuknya iaitu “Haruskah Seni?”. Pelbagai persoalan yang perlu diperjelaskan tentang “Haruskah Seni?”. Antara ahli panel yang telah di jemput secara rasminya, iaitu ahli panel pertama, Tuan Haji Samin Bin Ongki dari YADIM, panel kedua pula, Prof.Madya Dr.Suwaid Tapah dari UITM, dan Moderator yang juga merupakan pensyarah Sekolah Pengajian Seni iaitu En.Sharifuddin Zainal.

    Dialog Orang Seni (DOS) telah merungkai pelbagai persoalan mengenai “Haruskah Seni?”. Seni di katakana Haram oleh sebilangan persepsi masyarakat diluar sana. Seorang pelajar telah bertanya ‘adakah seni itu haram?’, Tuan Haji Samin Bin Ongki menjawab ‘Seni itu tidak haram. Malah dalam al-Quran terdapatnya unsur seni, jika tidak ada seni, maka pembacaan ayat al-Quran tidak ada alunan yang merdu dan indah dan keindahannya tidak terlihat. Jika tiadanya seni.’ Itulah dia seba sedikit contoh yang saya fahami.

    Tuan Haji Samin juga memberitahu bahawa persepsi manusia mengatakan seni itu haram, hanya kerana perilaku atau cara penyampaiannhya di lihat haram. Contohnya mendedahkan apa yang sepatutunya tidak patut didedahkan dari segi pemakaian seorang orang seni itu. Makanya, cara sebegitu jadilah haram.

    Ada juga pelajar bertanya, ‘apakah hukum kepada orang yang menjatuhkan hukuman bahawa seni itu haram?’. Prof.Madya Dr Suwaid Tapah telah membidas soalan ini. Katanya ‘ Siapa kita sebagai manusia, dan apa hak mereka mengatakan seni itu haram, dan apa hak mereka untuk menghukum orang seni?, Hal hukum ini hanya Allah sahaja yang berhak, bukannya mereka’.

     Prof. Madya Dr.Suwaid Tapah juga memberikan kata-kata semangat kepada pelajar-pelajar yang hadir ketika itu, termasuk saya sendiri. Katanya ‘bermotivasilah terus menjadi pelajar sekolah pengajian seni, jangan terlalu ikut persepsi masyarakat. Tambahannya pula, dalam bidang matematik juga ada seni nya. Falsafah matematik itu sendiri, mengajar untuk jujur dalam hidup, contohnya dalam pengiraan tolak, tambah, darab, bahagi dan sebagainya.

     Pengajaran yang dapat dijadikan manfaat melalui kata-kata ahli panel ini adalah jangan lupa pada soal akidah. Nilai kita dan sebagai orang seni perlu ada nilai Akidah, Estetika dan Etika. Ketiga-tiga nilai ini sangat penting di amalkan sebagai orang seni. Maka, barulah ianya di namakan seni dan tidak akan terlihatnya seni itu haram.


   Majlis seperti Dialog Orang Seni ini telah memberi banyak manfaat dan sangat menarik. Ianya mampu merungkai bagi persoalan yang belum terjawab sebelum ini. Pelajar Sekolah Pengajian Seni yang menghadiri majlis ini sangat beruntung dan dapat manfaat apatah lagi sebagai pelajar seni. Oleh itu, Majlis seperti ini perlulah diadakan lagi agar dapat membawa faedah kepada pelajar seni mahupun pelajar lain dan persepsi yang mengatakan seni  itu haram akan merubah kepada persepsi yang positif mengenai seni serta percaya bahawa seni itu tidak haram kerana ianya juga satu ilmu kemahiran yang sangat penting dalam kehidupan manusia sehari-hari.

                            Ditulis oleh : Dg Nurfahimah Binti Ag Esa

1 comment:

  1. It is big that anyone have published hence worthwhile document.I am happy which we have found ones website. I am looking forward to read another, worthwhile article.

    ReplyDelete