“Seerat Kasih”
Pada
16 november 2013, bersamaan pada hari sabtu, saya dan rakan-rakan UMS SEJATI
PARAMEDIK 1, telah menjalankan program
UMS SPRINT 2013, di Hospital Wanita dan Kanak-kanak, Hospital Likas, Sabah.
Program ini diberi nama “Seerat Kasih”.
Kami
telah menjalankan program ini di Wad Melur 2, iaitu di bahagian Wad
kanak-kanak. Sebaik sahaja sampai di sana, saya melihat kehidupan yang di alami
kanak-kanak di wad tersebut, betapa bersyukurnya saya dapat mengenali
kanak-kanak seperti mereka yang mampu berjuang bertahan hidup dengan penyakit
yang mereka hidapi.
Kami
juga telah menjalankan aktiviti mewarna dan bermain puzzle, sambil melayani
mereka mewarna dan memberi tunjuk ajar kepada mereka, sambil itu juga kami
mengenali mereka lebih dekat, beramah mesra, bertanya nama dan sebagainya. Apa yang saya kagumi ketika itu,
kanak-kanak ini tetap gigih dan cekal untuk belajar dan bermain, walaupun
dengan keadaan kesihatan yang membimbangkan. Setelah selesai aktiviti mewarna
dan bermain puzzle, pihak kami pun memberi hadiah kepada mereka.
Sebagai
seorang pelajar, saya amat bersyukur dan gembira mengikuti aktiviti “seerat
Kasih”, kerana aktiviti ini telah memberikan saya satu gambaran yang positif,
di mana mengajar saya lebih banyak berfikir dan bersyukur kerana dapat
mengenali mereka dan menjadikan saya seorang yang berdaya saing,
bertanggungjawab serta menjadi pelajar yang lebih prihatin terhadap masyarakat serta dapat mengeratkan lagi hubungan silturahim di kalangan mereka. Tambahan pula, Kita hidup di dunia ini, bukan hanya untuk menyayangi keluarga, apatah lagi
kekasih hati kerana kanak-kanak seperti mereka juga memerlukan kasih sayang ,
sokongan, cinta dan bantuan daripada masyarakat seperti kita.
Oleh
itu, kita sebagai masyarakat mahupun pelajar perlulah prihatin terhadap masyarakat sekeliling kita, dengan menjalankan dan mengikuti aktiviti-aktiviti yang berguna
seperti “seerat kasih” ini, malahan masa lapang kita tidak terbuang begitu
saja. Dengan mengikuti aktiviti seperti ini, kita dapat mengurangkan beban
mereka dan berkongsi kegembiraan bersama mereka serta kita dapat memperoleh banyak manfaat yang berguna.
No comments:
Post a Comment