Sunday, 24 November 2013

PEREBUTAN.??


          Senario perebutan kertas tandatangan kehadiran kelas seperti yang ditunjukkan dalam gambar acapkali berlaku di dewan kuliah. Gambar tersebut memaparkan tentang suasana pelajar masing-masing ligat berebut-rebut untuk menandatangani kertas kehadiran kelas, ada juga yang menjadi pemerhati sahaja, malah ada juga yang sabar menunggu tibanya giliran mereka untuk menandatangani kehadiran kelas itu.
          Masa kuliah selama dua jam seakan tidak cukup bagi semua pelajar untuk menandatangani kertas kehadiran tersebut. Senario ini terjadi disebabkan jumlah siswa dan siswi yang ramai di dalam dewan kuliah sehingga mencecah 300 orang pelajar mahupun lebih. Oleh itu, mereka terpaksa berebut-rebut menandatangani kertas kehadiran tersebut kerana mereka mempunyai agenda lain selepas tamat kuliah seperti harus sampai ke suatu destinasi tepat pada masanya ataupun mempunyai jadual kuliah yang lain.
          Wajarkah system menandatangani kertas kehadiran pelajar ini ditukar kepada sistem yang lebih effisien.?? Apakah sistem yang dapat ditukarganti dengan sistem yang sedia ada ini.??


Dayang Siti Rahmah Rabaha / Sekolah Pengajian Seni

No comments:

Post a Comment