Pada
22 dan 23.11.2013, para pelajar yang mengambil kokurikulum tarian sabah dan
tarian rakyat pada semester ini di Universiti Malaysia Sabah telah bersama-sama
mengambil bahagian dalam lawatan ke Pusat Kebudayaan Murut di Tenom. Lawatan
ini disertai oleh hampir 160 orang pelajar dan diiringi seramai 4 orang guru
pembimbing. Rombongan pelajar dan guru ini telah berada di sana selama 1 hari 1
malam.
Perjalanan ke Pusat Kebudayaan Murut
itu mengambil masa selama 3jam lebih dan sebanyak 4 buah bas diperlukan untuk
membawa rombongan ini. Setibanya di sana, kami sangat terpegun dan terpesona
dengan keindahan rekaan rumah yang sangat besar dan dianggarkan kos
pembuatannya bernilai RM10juta dan mempunyai lebih daripada seratus batang
tiang.
Pada
keesokkan harinya pula, seawal jam6.45 pagi, kami mengadakan aktiviti
senamrobik yang dikendalikan sendiri oleh guru pembimbing kami. Selepas itu,
setelah selesai melakukan aktiviti senamrobik kami semua bersarapan sebelum
memulakan aktiviti gotong-royong perdana di sekitar kawasan Pusat Kebudayaan
Murut. Aktiviti gotong-royong bermula pada 7.30pagi sehingga 11.00pagi. Kami
bergotong-royong membersihkan sampah, membersihkan kawasan kraftangan, menyapu,
mop lantai dan menebas rumput dan lalang di sekitar kawasan tersebut.
Setelah
berpenat-lelah mengeluarkan keringat dalam aktiviti gotong-royong itu tadi,
demonstrasi kebakaran daripada pasukan bomba daerah Tenom telah dijalankan. Dalam
demonstrasi itu, kami telah diajar cara-cara untuk menyelamatkan diri ketika
berlaku situasi kecemasan seperti kebakaran dan cara menggunakan alat pemadam
api. Demonstrasi ini sangat bermanfaat dan memberi kebaikkan kepada kami
khususnya para pelajar dan pengetahuan kami tentang situasi kebakaran lebih meluas.
Demontrasi ini telah dilakukan sendiri oleh ahli bomba daerah Tenom iaitu Encik
Daughlas Singa.
Selepas
itu, pada sebelah petangnya pula kami telah mengikuti bengkel tarian di mana
kami telah diajar cara-cara dan gerak tari tarian tradisi kaum murut. Pada jam
3.00petang, majlis penutupan telah berlangsung. Ucapan alu-aluan telah dimulai
oleh pengarah program kami iaitu saudara Rakesh Rau. Selepas itu, persembahan
tarian oleh penari-penari kaum murut telah dipersembahkan untuk tatapan kami
dan para pengunjung. Majis penutupan berakhir tepat jam 4.15petang. Kami
bergerak pulang semula ke Universiti Malaysia Sabah tepat pada jam5.00 petang.
Berakhir
sudah aktiviti yang bermanfaat kepada semua pelajar yang mengikuti lawatan ke
Pusat Kebudayaan Tenom. Diharap aktiviti yang bermanfaat seperti ini dapat
diteruskan lagi pada masa akan datang.
Dayang Siti Rahmah Rabaha / Sekolah Pengajian Seni
No comments:
Post a Comment