Tuesday 14 January 2014

Festival Skrin Digital Pelajar Universiti Malaysia Sabah Sesi 2013 ( Anugerah Pemikiran Sepanggar )






SINOPSIS FILEM PENDEK “ TANDUO “.
          Kisah ini bermula apabila sekumpulan remaja dari sebuah kampung yang ingin mempertahankan tanah airnya daripada penceroboh. Kampungnya telah dijadikan sarang pengganas untuk bertapak. Media massa sibuk mengatakan bahawa daerahnya telah diceroboh. Keadaan kampungnya menjadi haru biru dan dihuni rasa ketakuatan. Sekumpulan remaja inilah yang keluar dan ingin membantu pihak askar untuk menumpaskan kumpulan pengganas yang sudah bertapak di kawasan kampungnya. Namun begitu, niat mereka dihalang oleh pihak askar kerana boleh membahayakan nyawa mereka.

SINOPSIS FILEM PENDEK “ MENGAYAU “
          Sekitar 150 tahun yang lalu, terdapat sebuah perkampungan kecil dalam sebuah hutan di kepulauan borneo. Kampung tersebut diberi nama Kampung Sapulut. Kampung Sapulut telah didiami lima sekeluarga dan mempunyai seorang ketua kampung iaitu Kalang. Di kampung tersebut terdapat satu barang yang sangat berharga yang ingin dimiliki oleh ramai pahlawan samaada pahlawan di kampung mahupun pahlawan-pahlawan dari negeri lain. Barang yang berharga tersebut ialah emas dan kepala harimau belang yang dipercayai boleh membuatkan pemiliknya kebal dan berkuasa.

FESTIVAL SKRIN DIGITAL PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.
          Festival Skrin Digital Pelajar Universiti Malaysia Sabah Sesi 2013 ( Anugerah Pemikiran Sepanggar ) yang dianjurkan oleh Kelab Seni Recording Team SRET bersama Sekolah Pengajian Seni dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Festival ini merupakan festival kali kedua dianjurkan berikutan festival yang terdahulu mendapat sambutan yang hangat khususnya daripada para pelajar dan mendapat pandangan yang baik daripada golongan pensyarah. Program seumpama ini adalah bersifat akademik dan akan menjana pemikiran kreatif para pelajar melalui pembuatan filem pendek dan video yang telah dihasilkan. Berikutan perkembangan filem di Malaysia yang semakin berkembang, ini adalah sesuatu usaha yang dilakukan oleh sesuatu pihak untuk mengikhtiraf hasil kerja filem anak tempatan.
          Acara ini juga membantu para pelajar untuk berusaha, meningkatkan mutu kerja mereka dan menghasilkan sesebuah filem yang baik dan bermutu selain memaparkan ciri-ciri budaya masyarakat Malaysia khususnya kawasan kepulauan borneo. Terdapat 18 buah filem pendek yang dihasilkan dan dipertandingkan selama dua hari berturut-turut dan diteruskan hari berikutnya bagi acara penyampaian anugerah.
          Objektif festival filem ini dianjurkan adalah untuk melahirkan pelajar Universiti Malaysia Sabah yang berilmu, berbakat dan berketrampilan serta boleh mengurus program yang diadakan bermula dengan kertas kerja sehingga program ini selesai dengan jayanya, festival filem ini dianjurkan bertujuan untuk menggalakkan minat para pelajar dalam bidang penerbitan karya khususnya filem pendek dan memperkenalkan, mendedahkan dan mengikhtiraf hasil kerja anak tempatan dalam pembikinan filem pendek khususnya para pelajar. Selain itu, festival filem ini bertujuan untuk meningkatkan mutu pembikinan filem pendek pada peringkat IPTA khususnya UMS dan membentuk satu kumpulan tenaga kerja yang mahir menggunakan peralatan yang melibatkan penggunaan kamera dengan kaedah yang betul dalam penghasilan video atau filem pendek.
BY : DAYANG SITI RAHMAH / SEKOLAH PENGAJIAN SENI

No comments:

Post a Comment