Tuesday, 14 January 2014

Pembaharuan Pelekat Kenderaan UMS.

      Pada awal tahun 2014 ini Kakitangan dan pelajar UMS, syarikat-syarikat yang sering berurusan di dalam kampus UMS serta staf sementara yang sering memasuki kawasan Universiti Malaysia Sabah dikehendaki memperbaharui pelekat kenderaan UMS yang baharu, iaitu pelekat kenderaan 2013/2014.
     Warga UMS hendaklah membuat permohonan pelekat kenderaan terlebih dahulu sebelum pelekat kenderaan tersebut dikeluarkan dalam tempoh 7 hari dan pada kali ini terdapat penambahan sedikit dalam pembaharuan pada pelekat kenderaan kali ini, dimana  nombor plat kenderaan akan turut dicetak terus pada pelekat kenderaan tersebut. Tindakan ini bagi membendung cubaan membuat salinan terhadap pelekat kenderaan tersebut.
     Tindakan menukar pelekat kenderaan baharu ini haruslah dilakukan selewat-lewatnya sebelum minggu ketiga pada bulan Januari ini. Sekiranya didapati warga UMS tidak menukar pelekat kenderaan baharu saman akan dikeluarkan. Hal ini demikian kerana, Dalam satu kenyataan oleh Bahagian Keselamatan UMS, satu operasi pemeriksaan pelekat kenderaan akan dijalankan bermula pada minggu ketiga bulan Januari.
     Bagi membuat pertukaran pelekat kenderaan, kakitangan, pelajar serta kenderaan syarikat yang bolehlah membuat permohonan pelekat kenderaan di kaunter keselamatan. Disini turut di sertakan cara untuk memohan dan memperbaharui pelekat kenderaan.
     Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Bahagian Keselamatan atau muat turun dari laman web Bahagian Keselamatan. Borang tersebut perlu diisi dengan lengkap dan dikembalikan borang tersebut  kepada petugas kaunter Bahagian Keselamatan untuk diproses. Manakala bagi permohonan yang baru anda dikehendaki membawa :
a)   Lesen Memandu yang sah
b)   Kad Pekerja/ Kad Pelajar
c)   Kad Kereta
d)   Kad Pengenalan
Bagi permohonan lanjutan, anda hanya perlu mengisi borang dan memberikan nombor siri pelekat yang lama.








Oleh : SYAZWANI BINTI MOHAMMAD


No comments:

Post a Comment