Rabu, 15 Januari - Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah bekerjasama dengan 1Malaysia for Youth (IM4U) dalam melaksanakan aktiviti kesukarelawanan baru-baru ini.
Aktiviti tersebut yang diketuai oleh oleh Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS, Fandyi Sanizan Jurup menyaksikan penyertaan 60 orang mahasiswa UMS secara sukarela membersihkan kawasan padang Kota Belud dan mengecat beberapa bangunan sekolah yang terpilih.
Ketika diihubungi Fandyi memberitahu, aktiviti itu dilaksanakan bersempena dengan Majlis Pelancaran Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang dirasmikan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Kota Belud, Dato’ Hj. Abd Rahman Datuk Hj. Dahlan.
Tambah beliau, program seumpama itu merupakan satu usaha yang baik khususnya dalam mendidik mahasiswa melakukan kerja-kerja kesukarelawanan serta mendekatkan diri dengan masyarakat.
“Ia juga sejajar dengan hasrat universiti untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai jati diri yang tinggi,” ujarnya lagi.
Beliau turut merakamkan setinggi penghargaan kepada Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Datuk Dr. Kasim Md. Mansur kerana sentiasa menyokong segala usaha berkaitan membangunkan kemahiran insaniah para mahasiswa.
Mahasiswa UMS sebelum ini telah terlibat dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan dengan kerjasama IM4U.
DITULIS OLEH : AIYUB MS
No comments:
Post a Comment