Kesudiaan
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menjayakan program di Universiti
Malaysia Sabah mendapat sambutan warga Ums. Program dengan kerjasama Universiti
Malaysia Sabah yang julung-julung kali diadakan adalah satu daripada rancangan
Yadim untuk mendekati pelajar. Antara aktiviti yang dilakukan adalah Program
SENAM SIHAT SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435. Program yang diadakan pada 5 januari
baru-baru ini yang bertempat di Padang Kawad UMS, bermula jam 6.30 – 9 pagi
telah mengumpulkan seluruh mahasiswa mahasiswi untuk datang memeriahkan lagi
suasana program. Program sebegini telah membawa pendedahan awal khususnya warga
ums untuk membudayakan amalan hidup sihat dalam kampus. Bukan itu saja, malah
penganjuran program ini turut mendapat perhatian ramai untuk mengenali YADIM
secara dekat akan peranannya dalam perkembangan semasa masa kini. Antara
kelab-kelab yang turut serta dalam program Senam Sihat ini adalah Kelab 1
Malaysia Ums dan Kelab Sekreatriat Ums turun padang mengamatkan seluruh program
yang diadakan selama sehari tersebut. Oleh itu, pihak Ums mengucapkan sekalung
tahniah dan jutaan terima kasih kepada pihak YADIM kerana sudi bertandang
selama sehari dalam langkah untuk meralisasikan objektif untuk merapatkan
jurang kerjasama bersama pihak Universiti Malaysia Sabah.
Oleh
: Sabran Bin Kibong
No comments:
Post a Comment