Tuesday, 14 January 2014

Integriti?




     Integriti? Apakah integriti? Persoalan tentang integriti  sering menjadi topik pembincangan dalam kalangan masyarakat tidak kira pekerja di sektor awam atau sektor swasta dan di pelbagai organisasi lain lagi. Integriti menurut Kamus Dewan Bahasa bermaksud kejujuran dan ketulusan, kesempurnaan dan keutuhan. Secara umumnya integriti ialah peribadi mulia yang terdapat pada individu meliputi nilai-nilai amanah, jujur, ikhlas, sabar, tidak rasuah, berlapang dada, telus, bertanggungjawab dan ciri-ciri positif yang lain.
     Selain itu, integriti terbahagi kepada dua bahagian iaitu individu dan organisasi. Di peringkat individu, integriti ialah keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang, serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Manakala, di peringkat organisasi pula menerusi perumusan dan perlaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika berkenaan ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi.
     Menyedari kepentingan integriti dalam kalangan masyarakat, kerajaan telah menubuhkan Pelan Integriti Nasional (PIN). Pelan ini bertujuan untuk menanam dan memupuk budaya etika dan integriti dalam kalangan semua lapisan masyarakat. PIN telah dilancarkan pada 23 April 2004, oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.
     Bagi menyahut seruan kerajaan ini, Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah (SPRUMS) telah menganjurkan satu program iaitu Program Buka Minda, Buka Mata, Buka Hati bertujuan membentuk generasi muda yang mampu menolak amalan rasuah dalam usaha membenteras dan mencegah rasuah dalam kalangan masyarakat negara ini.
     Program Buka Minda, Buka Mata, Buka Hati yang dianjurkan dengan kerjasama Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan NKRA Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri sabah, Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pada 16 Disember 2013.
      Semasa merasmikan penutupan program tersebut di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu. Major DBKK, Datuk Abidin Madingkir berkata bahawa  program tersebut mampu melahirkan siswa-siswi yang bertanggungjawab dalam membantu pihak SPRM bagi menangani rasuah sekaligus dapat membentuk hubungan sosial yang mantap di antara warga kampus dengan masyarakat luar. Selain itu beliau berharap siswa-siswi dapat menjadi modal insan yang berkualiti dari segi nilai integriti, disiplin yang kuat, semangat yang kental dan berperibadi yang utuh dengan ditunjangi oleh asas pegangan yang kuat sebagai peneraju masa depan yang cemerlang. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah DBKK, Datuk Yeo Boon Hai.
     Program sehari itu yang berkonsepkan sukan dan rekreasi tersebut mendapat sambutan baik daripada 200 orang peserta institut pengajian tinggi (IPT) iaitu penyertaan siswa-siswi daripada UMS, Politeknik Kota Kinabalu, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut, Cosmopoint dan Kolej Eastern Kota Kinabalu di harapkan program ini dapat membantu menerapkan nilai integriti dalam diri masyarakat.




Oleh :  SYAZWANI BINTI MOHAMMAD.

Pembaharuan Pelekat Kenderaan UMS.

      Pada awal tahun 2014 ini Kakitangan dan pelajar UMS, syarikat-syarikat yang sering berurusan di dalam kampus UMS serta staf sementara yang sering memasuki kawasan Universiti Malaysia Sabah dikehendaki memperbaharui pelekat kenderaan UMS yang baharu, iaitu pelekat kenderaan 2013/2014.
     Warga UMS hendaklah membuat permohonan pelekat kenderaan terlebih dahulu sebelum pelekat kenderaan tersebut dikeluarkan dalam tempoh 7 hari dan pada kali ini terdapat penambahan sedikit dalam pembaharuan pada pelekat kenderaan kali ini, dimana  nombor plat kenderaan akan turut dicetak terus pada pelekat kenderaan tersebut. Tindakan ini bagi membendung cubaan membuat salinan terhadap pelekat kenderaan tersebut.
     Tindakan menukar pelekat kenderaan baharu ini haruslah dilakukan selewat-lewatnya sebelum minggu ketiga pada bulan Januari ini. Sekiranya didapati warga UMS tidak menukar pelekat kenderaan baharu saman akan dikeluarkan. Hal ini demikian kerana, Dalam satu kenyataan oleh Bahagian Keselamatan UMS, satu operasi pemeriksaan pelekat kenderaan akan dijalankan bermula pada minggu ketiga bulan Januari.
     Bagi membuat pertukaran pelekat kenderaan, kakitangan, pelajar serta kenderaan syarikat yang bolehlah membuat permohonan pelekat kenderaan di kaunter keselamatan. Disini turut di sertakan cara untuk memohan dan memperbaharui pelekat kenderaan.
     Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Bahagian Keselamatan atau muat turun dari laman web Bahagian Keselamatan. Borang tersebut perlu diisi dengan lengkap dan dikembalikan borang tersebut  kepada petugas kaunter Bahagian Keselamatan untuk diproses. Manakala bagi permohonan yang baru anda dikehendaki membawa :
a)   Lesen Memandu yang sah
b)   Kad Pekerja/ Kad Pelajar
c)   Kad Kereta
d)   Kad Pengenalan
Bagi permohonan lanjutan, anda hanya perlu mengisi borang dan memberikan nombor siri pelekat yang lama.








Oleh : SYAZWANI BINTI MOHAMMAD


Festival Skrin Digital Pelajar Universiti Malaysia Sabah Sesi 2013 ( Anugerah Pemikiran Sepanggar )






SINOPSIS FILEM PENDEK “ TANDUO “.
          Kisah ini bermula apabila sekumpulan remaja dari sebuah kampung yang ingin mempertahankan tanah airnya daripada penceroboh. Kampungnya telah dijadikan sarang pengganas untuk bertapak. Media massa sibuk mengatakan bahawa daerahnya telah diceroboh. Keadaan kampungnya menjadi haru biru dan dihuni rasa ketakuatan. Sekumpulan remaja inilah yang keluar dan ingin membantu pihak askar untuk menumpaskan kumpulan pengganas yang sudah bertapak di kawasan kampungnya. Namun begitu, niat mereka dihalang oleh pihak askar kerana boleh membahayakan nyawa mereka.

SINOPSIS FILEM PENDEK “ MENGAYAU “
          Sekitar 150 tahun yang lalu, terdapat sebuah perkampungan kecil dalam sebuah hutan di kepulauan borneo. Kampung tersebut diberi nama Kampung Sapulut. Kampung Sapulut telah didiami lima sekeluarga dan mempunyai seorang ketua kampung iaitu Kalang. Di kampung tersebut terdapat satu barang yang sangat berharga yang ingin dimiliki oleh ramai pahlawan samaada pahlawan di kampung mahupun pahlawan-pahlawan dari negeri lain. Barang yang berharga tersebut ialah emas dan kepala harimau belang yang dipercayai boleh membuatkan pemiliknya kebal dan berkuasa.

FESTIVAL SKRIN DIGITAL PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.
          Festival Skrin Digital Pelajar Universiti Malaysia Sabah Sesi 2013 ( Anugerah Pemikiran Sepanggar ) yang dianjurkan oleh Kelab Seni Recording Team SRET bersama Sekolah Pengajian Seni dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Festival ini merupakan festival kali kedua dianjurkan berikutan festival yang terdahulu mendapat sambutan yang hangat khususnya daripada para pelajar dan mendapat pandangan yang baik daripada golongan pensyarah. Program seumpama ini adalah bersifat akademik dan akan menjana pemikiran kreatif para pelajar melalui pembuatan filem pendek dan video yang telah dihasilkan. Berikutan perkembangan filem di Malaysia yang semakin berkembang, ini adalah sesuatu usaha yang dilakukan oleh sesuatu pihak untuk mengikhtiraf hasil kerja filem anak tempatan.
          Acara ini juga membantu para pelajar untuk berusaha, meningkatkan mutu kerja mereka dan menghasilkan sesebuah filem yang baik dan bermutu selain memaparkan ciri-ciri budaya masyarakat Malaysia khususnya kawasan kepulauan borneo. Terdapat 18 buah filem pendek yang dihasilkan dan dipertandingkan selama dua hari berturut-turut dan diteruskan hari berikutnya bagi acara penyampaian anugerah.
          Objektif festival filem ini dianjurkan adalah untuk melahirkan pelajar Universiti Malaysia Sabah yang berilmu, berbakat dan berketrampilan serta boleh mengurus program yang diadakan bermula dengan kertas kerja sehingga program ini selesai dengan jayanya, festival filem ini dianjurkan bertujuan untuk menggalakkan minat para pelajar dalam bidang penerbitan karya khususnya filem pendek dan memperkenalkan, mendedahkan dan mengikhtiraf hasil kerja anak tempatan dalam pembikinan filem pendek khususnya para pelajar. Selain itu, festival filem ini bertujuan untuk meningkatkan mutu pembikinan filem pendek pada peringkat IPTA khususnya UMS dan membentuk satu kumpulan tenaga kerja yang mahir menggunakan peralatan yang melibatkan penggunaan kamera dengan kaedah yang betul dalam penghasilan video atau filem pendek.
BY : DAYANG SITI RAHMAH / SEKOLAH PENGAJIAN SENI

Saturday, 11 January 2014

DEMAM MELANDA PARA PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

   
 
Demam? kini, para siswa dan siswi Universiti Malaysia Sabah dilanda demam peperiksaan akhir. Ramai antara siswa dan siswi sibuk mencari penawar bagi demam tersebut dengan mengulangkaji dan menelaah pelajaran dari pagi sehingga lewat malam. Peperiksaan akhir semester atau lebih dikenali sebagai “final exam” dalam kalangan siswa dan siswi merupakan penanda aras bagi semua pelajar untuk mengetahui sejauh mana hasil pembelajaran mereka selama ini membuahkan hasil. Pembelajaran yang bersifat teori mahupun praktikal selama empat belas minggu selama satu semester akan diaplikasikan semasa menjawab kertas-kertas peperiksaan oleh para pelajar. Pembelajaran selama satu semester ini banyak membantu para pelajar untuk mempersediakan diri mereka menghadapi peperiksaan akhir tersebut.
   Peperiksaan akhir merupakan sesuatu yang amat mendebarkan, mencemaskan dan menakutkan bagi sesetengah pelajar yang belum bersedia untuk berdepan dengan peperiksaan tersebut. Terdapat sesetengah pelajar yang lebih gemar untuk mentelaah dan mengulangkaji pelajaran di saat-saat akhir manakala terdapat juga pelajar yang lebih selesa untuk belajar lebih awal agar mereka sentiasa tenang dan bersedia menghadapi peperiksaan akhir.
     Kini, undang-undang semasa peperiksaan akhir telah diperketatkan oleh pihak universiti. Para pelajar dilarang sama sekali untuk meniru di dalam peperiksaan. Di kawasan sekitar dewan peperiksaan telah disediakan beberapa orang pengawas peperiksaan untuk memantau dan memastikan bahawa tidak terdapat sebarang buku atau nota disembunyikan oleh para pelajar, malahan pengawas peperiksaan juga diarah untuk memantau kawasan sekitar tandas agar aktiviti peniruaan tidak berlaku.
   Selain daripada undang-undang yang telah diperketatkan oleh pihak universiti, terdapat juga peraturan-peraturan yang wajib dipatuhi oleh para pelajar semasa memasuki dewan peperiksaan iaitu para pelajar diwajibkan untuk memakai pakaian yang formal dan sopan, membawa kad pengenalan dan kad matrik pelajar, membawa slip peperiksaan bersama dan sebarang peralatan elektronik seperti telefon bimbit adalah dilarang dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan.


BY : DAYANG SITI RAHMAH / SEKOLAH PENGAJIAN SENI

Thursday, 9 January 2014

Kementerian Belia Dan Sukan wujud seminar bersama mahasiswa.

Seminar Pemasaran, Penajaan dan Knowledge Sharing anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri  Sabah adalah aktiviti yang wajar diterapkan dalam jiwa mahasiswa. Seminar yang berlangsung pada 20 dan 22 Disember 2013 lepas yang diadakan di Dewan Kuliah Pusat Lama, DKP 4 Ums mengklasifikasikan seminar tersebut sebagai suatu perkongsiaan ilmu yang amat baik kepada mahasiswa. Dianggarkan lebih daripada 1000 pelajar telah mengikuti seminar yang berlangsung selama dua hari tersebut. Antara tajuk seminar yang menjadi sudut ilmu mahasiswa adalah Panel Discussion-Business Opportunity and Sponsorship dan How to create a winning sponsorship package dan lain-lain lagi perkongsiaan rancangan perniagaan dalam industry masa kini. Dalam seminar ini juga pihak penganjur ingin membawa golongan mahasiswa untuk bergiat dalam dunia perniagaan selepas tamat bergraduasi. Pendedahan awal kepada golongan mahasiswa dalam dunia perniagaan  suatu wadah terbaik mengurangkan masalah pengangguran. Setiap peserta yang mengikuti seminar akan diberikan sijil penyertaan dan kemasukan adalah percuma. Pihak Ums berasa sangat teruja dengan program seminar ini. Pihak Ums juga tidak ketinggalan untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudiaan pihak penganjur menganjurkan seminar meskipun hanya selama dua hari berlangsung.

Oleh : Sabran Bin Kibong




YADIM JAYAKAN SENAM SIHAT UMS

Kesudiaan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menjayakan program di Universiti Malaysia Sabah mendapat sambutan warga Ums. Program dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah yang julung-julung kali diadakan adalah satu daripada rancangan Yadim untuk mendekati pelajar. Antara aktiviti yang dilakukan adalah Program SENAM SIHAT SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435. Program yang diadakan pada 5 januari baru-baru ini yang bertempat di Padang Kawad UMS, bermula jam 6.30 – 9 pagi telah mengumpulkan seluruh mahasiswa mahasiswi untuk datang memeriahkan lagi suasana program. Program sebegini telah membawa pendedahan awal khususnya warga ums untuk membudayakan amalan hidup sihat dalam kampus. Bukan itu saja, malah penganjuran program ini turut mendapat perhatian ramai untuk mengenali YADIM secara dekat akan peranannya dalam perkembangan semasa masa kini. Antara kelab-kelab yang turut serta dalam program Senam Sihat ini adalah Kelab 1 Malaysia Ums dan Kelab Sekreatriat Ums turun padang mengamatkan seluruh program yang diadakan selama sehari tersebut. Oleh itu, pihak Ums mengucapkan sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada pihak YADIM kerana sudi bertandang selama sehari dalam langkah untuk meralisasikan objektif untuk merapatkan jurang kerjasama bersama pihak Universiti Malaysia Sabah.


                                                                             Oleh : Sabran Bin Kibong

Saturday, 4 January 2014

“Scary Box” meriahkan Karnival.



Kelab Kokurikulum kursus Kepimpinan dan Motivasi (EK00303) seksyen 4 telah mengikuti  karnival kokurikulum yang diadakan pada 14 disember lepas mengegarkan seluruh mengunjung yang datang. Karnival kokurikulum yang diadakan pada tahun ini telah menyediakan lebih daripada 30 buah gerai-gerai. Karnival yang berlangsung selama sehari bermula pada pukul 8 pagi sehingga 10 malam telah dirasmikan oleh Profesor Dr. Shahril Yusof  Timbalan Naib Cancelor Penyelidikan Dan Inovasi . Pelbagai gerai dari semua kursus Kokurikulum semester ini telah membanjiri seluruh ruang dalam dan luar dewan serbaguna Dewan Cancelor.
Antara gerai-gerai yang mendapat kunjungan yang paling ramai adalah gerai Kursus Kepimpinan Dan Motivasi seksyen 4. Keunikan gerai kursus ini yang menyediakan permainan Scary Box menjadikan pengunjung yang datang tidak putus-putus. Permainan Scary Box yang membawa pengunjung untuk sentiasa berasa misteri dikehendaki meneka akan benda yang terdapat dalam kotak. Kebanyakkan pengunjung yang mencuba permainan ini pasti dihantui oleh ketakutan dan memerlukan keberanian yang kental. Antara permainan lain yang boleh dicuba dalam gerai Baktisiswa seksyen 4 seperti Lucky balloon dan tougue twister. Tidak ketinggalan juga gerai Kursus Debat, Interim dan Pengurusan jenazah serta semua gerai kursus kokurikulum juga memeriahkan karnival pada ketika itu.
Oleh itu, diharapkan melalui program ini, dapat menjadikan mahasiswa mempunyai kemahiran merancang, mengurus dan melaksana, selari dengan kehendak Kursus Kokurikulum Universiti Malaysia Sabah . Juga diharapkan program ini akan dapat meninggalkan impak yang positif terhadap komuniti ataupun warga kampus secara globalnya kepada negara.
                                                                                               
                                                                                                Oleh : Sabran Bin Kibong