Sunday, 24 November 2013

PELAJAR KOKURIKULUM TARIAN SABAH DAN TARIAN RAKYAT BERGABUNG DALAM LAWATAN KE PUSAT KEBUDAYAAN MURUT DI TENOM



Pada 22 dan 23.11.2013, para pelajar yang mengambil kokurikulum tarian sabah dan tarian rakyat pada semester ini di Universiti Malaysia Sabah telah bersama-sama mengambil bahagian dalam lawatan ke Pusat Kebudayaan Murut di Tenom. Lawatan ini disertai oleh hampir 160 orang pelajar dan diiringi seramai 4 orang guru pembimbing. Rombongan pelajar dan guru ini telah berada di sana selama 1 hari 1 malam.
          Perjalanan ke Pusat Kebudayaan Murut itu mengambil masa selama 3jam lebih dan sebanyak 4 buah bas diperlukan untuk membawa rombongan ini. Setibanya di sana, kami sangat terpegun dan terpesona dengan keindahan rekaan rumah yang sangat besar dan dianggarkan kos pembuatannya bernilai RM10juta dan mempunyai lebih daripada seratus batang tiang.
Pada keesokkan harinya pula, seawal jam6.45 pagi, kami mengadakan aktiviti senamrobik yang dikendalikan sendiri oleh guru pembimbing kami. Selepas itu, setelah selesai melakukan aktiviti senamrobik kami semua bersarapan sebelum memulakan aktiviti gotong-royong perdana di sekitar kawasan Pusat Kebudayaan Murut. Aktiviti gotong-royong bermula pada 7.30pagi sehingga 11.00pagi. Kami bergotong-royong membersihkan sampah, membersihkan kawasan kraftangan, menyapu, mop lantai dan menebas rumput dan lalang di sekitar kawasan tersebut.



Setelah berpenat-lelah mengeluarkan keringat dalam aktiviti gotong-royong itu tadi, demonstrasi kebakaran daripada pasukan bomba daerah Tenom telah dijalankan. Dalam demonstrasi itu, kami telah diajar cara-cara untuk menyelamatkan diri ketika berlaku situasi kecemasan seperti kebakaran dan cara menggunakan alat pemadam api. Demonstrasi ini sangat bermanfaat dan memberi kebaikkan kepada kami khususnya para pelajar dan pengetahuan kami tentang situasi kebakaran lebih meluas. Demontrasi ini telah dilakukan sendiri oleh ahli bomba daerah Tenom iaitu Encik Daughlas Singa.
Selepas itu, pada sebelah petangnya pula kami telah mengikuti bengkel tarian di mana kami telah diajar cara-cara dan gerak tari tarian tradisi kaum murut. Pada jam 3.00petang, majlis penutupan telah berlangsung. Ucapan alu-aluan telah dimulai oleh pengarah program kami iaitu saudara Rakesh Rau. Selepas itu, persembahan tarian oleh penari-penari kaum murut telah dipersembahkan untuk tatapan kami dan para pengunjung. Majis penutupan berakhir tepat jam 4.15petang. Kami bergerak pulang semula ke Universiti Malaysia Sabah tepat pada jam5.00 petang.
Berakhir sudah aktiviti yang bermanfaat kepada semua pelajar yang mengikuti lawatan ke Pusat Kebudayaan Tenom. Diharap aktiviti yang bermanfaat seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
                             Dayang Siti Rahmah Rabaha / Sekolah Pengajian Seni

PEREBUTAN.??


          Senario perebutan kertas tandatangan kehadiran kelas seperti yang ditunjukkan dalam gambar acapkali berlaku di dewan kuliah. Gambar tersebut memaparkan tentang suasana pelajar masing-masing ligat berebut-rebut untuk menandatangani kertas kehadiran kelas, ada juga yang menjadi pemerhati sahaja, malah ada juga yang sabar menunggu tibanya giliran mereka untuk menandatangani kehadiran kelas itu.
          Masa kuliah selama dua jam seakan tidak cukup bagi semua pelajar untuk menandatangani kertas kehadiran tersebut. Senario ini terjadi disebabkan jumlah siswa dan siswi yang ramai di dalam dewan kuliah sehingga mencecah 300 orang pelajar mahupun lebih. Oleh itu, mereka terpaksa berebut-rebut menandatangani kertas kehadiran tersebut kerana mereka mempunyai agenda lain selepas tamat kuliah seperti harus sampai ke suatu destinasi tepat pada masanya ataupun mempunyai jadual kuliah yang lain.
          Wajarkah system menandatangani kertas kehadiran pelajar ini ditukar kepada sistem yang lebih effisien.?? Apakah sistem yang dapat ditukarganti dengan sistem yang sedia ada ini.??


Dayang Siti Rahmah Rabaha / Sekolah Pengajian Seni

Etika Pemakaian Pelajar Universiti.



Etika pemakaian bagi seorang pelajar di Universiti sejak dahulu lagi telah menjadi isu yang hangat diperkatakan. Hal ini demikian kerana, pemakaian pelajar IPT  samaada IPTA atau IPTS dikatakan tidak menepati kehendak tatacara atau etika pemakaian sebagai seorang pelajar. Jika dahulu semasa zaman persekolahan, pelajar hendaklah memakai “uniform” yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak sekolah, namun di Universiti, pelajar bebas mengenakan pakaian yang mereka hendaki asalkan tidak melanggar etika pemakaian di universiti.
     Kebebasan yang diberi telah disalahgunakan oleh segelintir pelajar. Di mana, kebanyakan pemakaian seseorang pelajar tidak mencerminkan mereka sebagai seorang pelajar Universiti dengan pemakaian tidak formal seperti berselipar jepun, berbaju tanpa kolar ketika di kelas dan di kawasan Universiti perbuatan ini sedikit sebanyak telah menjejaskan nama Universiti pada pandangan orang luar.Oleh itu, pelbagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani isu ini.
     Di Universiti Malaysia Sabah, pelajar yang melanggar etika pemakaian dikenakan saman dan diambil tindakan yang sewajarnya. Selain itu semasa di perpustakaan terdapat pegawai yang menjaga pintu masuk untuk memastikan pelajar mengikut etika pakaian dan memakai kad pelajar sekiranya pelajar tidak mematuhi peraturan mereka tidak akan dibenarkan masuk ke perpustakaan.
Etika Pakaian UMS
Pelajar tidak dibenarkan memakai seluar jeans untuk ke kuliah, perpustakaan dan semasa berurusan di pejabat. Amalan berpakaian kemas,sopan di semua aktiviti rasmi dalam kampus dengan berpakaian seperti baju kemeja biasa, baju T berkolar, berseluar panjang, memakai skirt panjang di bawah lutut.
Isnin – pakaian Formal
Selasa – pakaian Semi formal @ casual
Rabu – pakaian Formal @ Korporat
Khamis – pakaian Formal @ Baju batik
Jumaat – pakaian Semi formal @ pakaian baju kebangsaan lengkap





Oleh : Syazwani Binti Mohammad

Asas Kebudayaan Dan Keusahawanan (APK)


       Ekspo APK (asas pembudayaan keusahawanan) kembali lagi. Pada semester ini Ekspo APK menggunakan tema `Make It Happen`. Ekspo yang diadakan buat kali yang ke-9 ini  berlangsung dari 18 November 2013 sehingga 22 November 2013, bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang, bertempat di perkarangan tempat letak kereta perpustakaan UMS.
     Ekspo APK ini melibatkan pelajar dari pelbagai jurusan seperti pelajar bidang Sains dan bidang Sastera. Kebiasaannya kita dapat lihat dalam bidang keusahawanan ini hanya melibatkan pelajar jurusan Perniagaan sahaja. Namun kini di Universiti Malaysia Sabah bidang keusahawanan ini melibatkan semua bidang tidak kira samaada jurusan Sains atau  Sastera. Ini kerana Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyedari kepentingan bidang tersebut kepada pelajar  bagi menghadapi masa hadapan selepas tamat pengajian
     Selain itu, aktiviti keusahawanan merupakan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan bina upaya terhadap masa depan negara. Justeru, golongan belia amat digalakkan untuk menceburi bidang berkenaan pada peringkat awal bagi menimba pengalaman dan ilmu yang secukupnya. Menerusi bidang keusahawanan ini pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri bagi berhadapan dengan masyarakat kelak dan mendapat pengalaman serta pengetahuan baru dalam bidang keusahawanan.
     Di Universiti Malaysia Sabah pelajar peringkat prasiswazah di wajibkan mengambil kursus Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK) bertujuan menggalakkan aktiviti keusahawanan dalam kalangan siswa-siswi universiti dan bagi memenuhi keperluan syarat ijazah.
     Oleh itu, Kursus tersebut telah menganjurkan Ekspo APK yang memberi peluang kepada para pelajar untuk menjalankan perniagaan dengan menjual hasil keluaran mereka sendiri sebagai implementasi terhadap segala teori dalam asas keusahawanan yang dipelajari. Pada Ekspo APK baru-baru ini terdapat banyak gerai menjual pelbagai barangan antara yang diniagakan termasuklah barangan kreatif, makanan dan minuman, pakaian, permainan dan sebagainya.







Oleh : Syazwani Binti Mohammad

Friday, 22 November 2013

KANOU BALAJAR MIMBOROS KADAZANDUSUN


In Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kadazandusun is used as foreign language course. For those who got Band 3 and above in MUET able to take this course but Dusun students not allowed to take this course.
Here is some vocabs of KD language which I got from my lecturer , Madam Veronica. So, have fun while learning KD language ! Pounsikou..

Terkahwin orang  tua = kasawo do molohing
Melangkah = lumaang
Memotong /gunting rambut = momompod do tobuk
Memotong/gunting kuku= momompod do sondulu
Sapu lantai = mongimuhau
Tiarap = lumoub
Menyebut nama = mamarait
Basuh kaki = mongisu’/ mongoug do gakod
Bisul = kupos
Hantu = tombiruo
Hantu perempuan suka bersiul  = siot dalan
Hantu lelaki besar (syaitan) = rogon
Hantu panjang  tetek = naru susu
Hantu tinggi lampai = tompulalangoi
Memanggil = momolohou
Mengandung = monontiyan
Memecahkan = mamabak
Terpecah = AV- nakababak, terpecah UV- nababak
Terutama = lolobi po
Duduk= AV-mirikau
Menghalau hantu = mongugad do tombiruo
Memanjangkan = papanaru
Tuan rumah = sanganu do walai/lamin/momuwalai-walai
Mayat = tinan di (tulun) di napatai (i napatai)
Tuhan = Kinorohingan/Minamangun
Cuci rambut = momupuk
Barang2 = kakamot
Mati = patai
At night = do totuong/dongotuong
Gelojoh = gayo nakan
Pukul (sebarang jenis) = amal
Menggunakan gunting = momoguno do gunting
Keguguran anak = oiduan do tanak
Anak dara/gadis=  Sumandak
Perempuan mengandung = tondu do monontiyan
Sikat rambut = monudai
Makan = makan = eating (without specifying the object = transitive), mangakan (specify the object=intransitive)
Nasi = Takano
Padi = parai
Beras = wagas
Tepuk tangan = manapap do longon
Sembahyang (to pray) = sumambayang
Tidak boleh sembahyang = au obuli do sumambayang
Menegakkan/meluruskan kedudukan sudu/garpu = popotulid do kakamot do makan (sikang)
Tindik telinga = momoluang do tolingo
Hormat = mamantang
Basuh kain = momupu’
Tidur menghadap tingkap/pintu  = modop do pointoguang do titigaon/wawayaan
Membebel = mimbobok
Bersiul = minsisit
Mengarut = sangkabarasan
Mirror = soromin
Peluang = kosiwatan
Sebelum = Pogulu po
Jijik (AV)= sosomuan
Benda yang menjijikkan (UV) = kososomu
Menjijikkan (menyebabkan org jijik) (AV) = monosomu
Dipercayaai = otumbayaan
Datang haid = gambahon (root = gambau)
Meninggal = apatai
Selepas meninggal = napatai
Kenduri = sumambayang
Pesta/makan2 = karamaian
Nasip malang = ousung
Sial = toburus
Bodoh = basug
Keranda = lungun
Pada = ontok
Pada hari gawai = ontok tadau gawai
Bangkrap = obingkarap
Akan jadi miskin = osiliu do mosikin
Akan jadi kaya = osiliu do kiharo-haro/ogumu tusin (jutawan)
Niat = tosorou
Berniat mencuri = kosorou do manakau
Main sembunyi2 = milisok-lisok
Roh orang mati = rusod
Bantal = tulunan
Senja = minsosodop
Minyak wangi=pomowongi-wongi
Bangun/Bangkit = tumungag
Selepas waktu subuh = minsusuab
Memetik = mogkotu’
Sebelum masuk rumah = pogulu po do sumuang/sumalakoi id walai
Mengikut kepercayaan = tumanud do kotumbayaan
Siram pokok = mamawaig (moniram) do tanom-tanom
Lintas/lalu = tumalib
Anak yang baru lahir = tanak do kosususu
Rezeki tidak masuk= au sumuang o kahara-haraan
Pokok berbuah sulung = mongua’ do koinsan nogi
Diikut hantu = tonudon do tombiruo
Ditindih hantu = onsitan do tombiruo



BY : AIYUB MS